Aku
Indri Lingga Putri
Maktab Rendah Victoria
HML .
BLOG
Wednesday, 4 July 2007, Wednesday, July 04, 2007
Kunjungan ke sekolah super - Korean Minjok Leadership Academy (KLMA)
Hari ini kami mengunjungi sekolah martab rendah yang terbaik di Korea yang menampung anak – anak bangsa tercerdas, calon pemimpin masa depan Korea. Sekolah tersebut dibangun oleh pemilik kilang susu yang mengambil berat terhadap pendidikan dan masa depan bangsa Korea. Beliau tidak mahu wang menjadi hambatan bagi anak – anak yang berpotensial untuk menuntut ilmu sehingga beliau mengsubsidi wang sekolah mereka sepenuhnya. Itulah penjelasan yang kudapatkan sebelum berkunjung ke sekolah tersebut. Aku salut terhadap budi baik pemilik pabrik susu yang begitu prihatin dan peduli akan pendidikan putra putri harapan bangsa masa depan.
Apabila aku mendapati bangunan – bangunan yang ada di peta sekolah hanya lahan kosong sahaja kenyataannya dan bertanya sebabnya, aku diberi tahu bahawa ternyata pabrik tersebut menggulung tikar bahkan sebelum sekolah tersebut selesai dibina. Sungguh sayang sekali. Mengingat sekolah tersebut ialah sebuah “private school”, seluruh biaya operasi sekolah ditanggung oleh para murid, menjadikan biaya persekolahan di sana sunggguh mahal sekali sehingga hanya mereka yang berasal daripada keluarga yang berada sahaja yang boleh menuntut di sekolah tersebut. Dengan kata lain, sekolah tersebut tidak sahaja dipenuhi dengan murid – murid yang berotak encer tetapi juga yang kewangannya kuat.
Murid Murid maktab rendah “ Korean Minjok Leadership Academy” sungguh menakjubkan. Dengan rata – rata murid yang mengambil empat sampai lima aktiviti luar darjah yang berarti kesibukan kokulikular setiap hari sekalipun, mereka mampu menyeimbangkan waktu untuk studi mereka dan lulus dengan hasil yang cemerlang. Bagaimana tidak? Tujuh puluh peratus lulusan KLMA lulus dengan beasiswa penuh untuk melanjutkan ke universiti terbaik di dunia.
Namun tidak seperti yang kuduga, mereka bukanlah anak – anak super yang berkacamata setebal mikroskop, jenius kutu buku yang dikunkung di dalam bangunan terpencil di atas gunung. Di balik semua itu, mereka masih lagi remaja – remaja sepertiku. Aku dapati bahawa mereka ialah sekumpulan remaja yang cerdas dan kaya namun tidak sombong melainkan ramah tamah belaka. Fakta bahawa sekolah mereka terletak di daerah terpencil di atas gunung tidak membuat mereka hidup bagai katak di dalam tempurung, bahkan seperti aku dan remaja normal lainnya, mereka masih sempat meluangkan waktu untuk berpergian bersama rakan - rakannya ke kota yang terdekat untuk bermain arked setiap hujung minggu. Bukan hanya itu, murid – murid KLMA juga seperti manusia lainnya yang melakukan kesalahan dan kenakalan seperti tidur di dalam kelas dimana guru yang mengajar membosankan dan ponteng kelas – kelas yang menyebalkan. Walaupun mereka bercakap dalam bahasa Korea di belakang guru meskipun seharusnya mereka berkomunikasi dalam bahasa Ingris, aku mendapati bahasa Ingris mereka amatlah mahir. Bahkan aku harus mengakui bahawa cara berbicara mereka jauh lebih baik dibandingkan warga Singapura. Memang sungguh memalukan adanya mengingat warga Korea menganggap Ingris bahasa kedua sedangkan bahasa Ingris ialah bahasa utama di Singapura.
Hal yang paling mengejutkan ialah fakta bahawa ramai murid KLMA berpacaran meskipun hal tersebut ialah pelanggaran terberat di sekolah mereka. Bukan sahaja dilarang keras, KLMA bahkan mengeluarkan murid – murid yang tertangkap berpacaran. Namun berbeza dengan berpacaran antara remaja di Singapura yang kebanyakkan berumur pendek serta hanya untuk keseronokan semata, hubungan tersebut adalah lebih matang dan awet di KLMA kerana mengingat murid – murid tinggal di hostel sekolah, mereka mengenal satu sama lain dengan begitu dalam sehingga apabila mereka jatuh cinta, biasanya mereka jatuh cinta ke orang yang sesungguhnya ia kenal. Apatah lagi mereka hanya mempunyai satu sama lain di sana sehingga mereka cenderung untuk merasa kesepian dan haus akan cinta kasih.
Tetapi, walau bagaimana jua, aku tetap merasa bahawa berpacaran pada usia remaja bukanlah keputusan yang terbaik yang selayaknya diambil. Adalah masa bagi segala sesuatu dan aku berpendapat bahawa remaja bukanlah saat yang tepat untuk menjalin hubungan yang begitu terikat dan berkomitmen sebab aku percaya bahawa masa remaja ialah masa untuk mendapatkan sebanyak – banyaknya teman dan membuka mata untuk melihat dunia ini serta mencari pengalaman. Ditambah lagi masa remaja ialah masa untuk mencari jati diri yang sejati sehingga individu mengalami perubahan yang siknifikan dari masa ke masa, oleh kerana itu, meskipun seorang itu mengenal pasangannya dengan menyeluruh, orang yang dicintai itu boleh berubah sewaktu – waktu sehingga menyebabkan kekecewaan. Memang berpacaran adalah amat manis adanya, namun apabila cobaan datang melanda, kepahitan dan kesakitan yang akan dialami tidaklah seimbang dengan keseronokannya dan problema bercinta sudah tentu sedikit banyak akan menjejas tumpuan dalam persekolahan.
Di sisi baiknya, murid – murid KLMA aku dapati begitu kuat patriotismenya kepada negara. Tiga daripada lima murid yang kuwawancara berkata bahawa mereka bercita –cita untuk menjadi pegawai negeri dan membangun negara Korea menuju bangsa yang besar dan kuat serta dihormati dunia. Sungguh cita – cita yang amat mulia.
Satu sistem baik yang boleh maktab rendah kita ambil ialah bersenam pagi setiap hari sebelum pelajaran dimulai supaya murid – murid segar dan siap untuk menimba ilmu seharian.

Foto bersama dua orang murid KLMA yang mendampingiku semasa kunjungan ke sekolah mereka