Aku
Indri Lingga Putri
Maktab Rendah Victoria
HML .
BLOG
Wednesday, 4 July 2007, Wednesday, July 04, 2007
Kampung Tradisional Korea
Kampung Tradisional korea adalah tempat di mana kebanyakan film drama serial yang menceritakan Korea kuno dilakonkan. Ia merupakan tempat yang boleh dibilang amat besar dan luas, salah satu kampung yang dijaga keasliannya daripada arus modernisasi untuk para turis serta warga Korea yang rindu akan kehidupan Korea zaman dahulu.
Merupakan suatu perubahan suasana yang cukup drastis apabila kumasuki kampung itu. Kami menonton upacara tradisional Korea dan melihat rumah – rumah tradisional korea. Meskipun dari luar nampak berbeza, aku mendapati bahawa desain ruangan – ruangannya tidak jauh berbeza daripada tempat tinggal modern di Korea.
Aku juga sempat mencuba penggosok pakaian (figur 1) serta belajar membuat benang daripada kempongpong ulat (figur 2) dan juga mesin penumbuk beras manual (figur3). Teknologi bangsa Korea boleh dikata cukup mutakhir pada zaman kuno. Aku kagum akan kepandaian mereka dalam menyiasati cara melakukan pekerjaan sehari – hari tanpa listrik maupun teknologi yang maju.
Figur 1
Figur 2
Figur 3
Tempat yang paling kunikmati dalam kunjungan ke kampung yang satu ini ialah kantin tradisional terbuka yang menyediakan begitu banyak ragam makanan korea yang lazat serta suasananya yang meriah dan riuh rendah dengan perbincangan yang diiringi gelak tawa para pengunjung.
Secara keseluruhan, Kampung Tradisional Korea ini suskes menyeretku ke masa kuno. Kondisi dan keabadian segala aspek kehidupan dan budaya kuno Korea yang patut dibanggakan, dipelihara dengan begitu baik sehingga pengunjung merasa benar – benar berada di beberapa abad silam.