Maktab Rendah Victoria
HML .
Aku merasa amat tertarik untuk mengunjungi De Militarized Zone (DMZ), satu – satunya daerah yang di de-militerisasikan di dunia.
Sejarah di sebalik DMZ tersebut ialah peperangan ideologi antara Korea Utara dan Selatan.
Perbezaan ideologi tersebut disebabkan oleh pembagian Korea menjadi dua apabila Axis mengambil alih Korea daripada Jepun pada perang dunia kedua di mana Korea Utara yang berada di bawah naungan Uni Soviet (kini dikenal dengan sebutan Rusia) menerapkan sistem Komunisme sedangkan Korea Selatan yang dipimpin oleh Amerika Serikat mengamalkan sistem demokrasi.
Setelah Korea memperoleh kemerdekaan, terjadilah peperangan demi mempertahankan ideologi masing – masing dalam pemerintahan di Korea. Peperangan yang sungguh tidak perlu dan sia – sia tersebut melibatkan banyak pihak. Lima belas negara beserta Amerika berpihak pada Korea Selatan yang berperang demi demokrasi melawan Korea Utara yang ingin mentaklukan seluruh korea dengan komunisme yang dibantu oleh Uni Soviet dan China.
Setelah perang ideologi yang berkepanjangan tersebut menghabiskan begitu banyak wang dan terlebih lagi membunuh jutaan nyawa tidak berdosa, akhirnya kedua belah pihak memutuskan untuk menghentikan peperangan untuk sementara atau dengan kata lain mem-“pause” perang tersebut.
Dua kilometer ke arah Korea Utara dan dua kilometer ke arah Korea Selatan dijadikan “demilitarized zone” dimana kedua belah pihak dilarang menjejakan kaki di tempat tersebut. Barang sesiapa yang memasuki kawasan DMZ, ia akan dibunuh oleh tentera dari pihak lawan dan meledakan kembali peperangan yang dipendam tersebut.
Dengan diskripsi yang diberikan oleh pemanduku seperti yang kutulis di atas, aku menggambarkan DMZ sebagai suatu tempat yang amat tegang dan berbahaya kerana perang boleh terjadi kembali kapan sahaja dan akan bermula di sana. Mengingat peperangan antara Korea Utara dan Selatan hanya dihentikan untuk sementara dan hanya menunggu waktu untuk bermula kembali, aku membayangkan “barb wire” yang memagari DMZ tersebut serta laskar – laskar dari kedua pihak yang bersiap 24/7 dengan senjata dan kekuatan penuh di garis perbatasan DMZ menunggu aba – aba untuk memulai lagi peperangan.
Tetapi tidak seperti yang kubayangkan, suasana di sana tidaklah tegang ataupun terasa berbahaya. Tidaklah ada pagar pemisah di sepanjang perbatasan DMZ. Tiada satupun laskar ternampak berjaga – jaga di perbatasan, apatah lagi alat perang militer seperti tank.
Mengingat DMZ ialah kawasan yang sudah tidak tersentuh manusia selama puluhan tahun, aku menggabarkan DMZ sebagai surga dunia dengan alam semula jadi yang begitu asli dan berbeza dari tempat – tempat yang kukunjungi.
Namun aku sekali lagi dikecewakan apabila ternyata DMZ amat gersang, bahkan video perkenalan yang kami tontonpun tidak menunjukkan keadaan DMZ yang sesungguhnya.

Aku sudah curiga apabila mereka menayangkan animasi grafik dan benar sahaja ternyata illustrasi DMZ dalam video tidaklah benar.
Selain itu, video itu juga mendiskripsikan DMZ sebagai simbol kedamaian dan unifikasi Korea di mana sebenarnya DMZ ialah jurang pemisah Korea Utara dan Korea Selatan dan tempat dimana peperangan yang terhenti sementara akan bermula kembali suatu hari nanti.
Video itu pula menunjukkan bahawa keluarga – keluarga yang terpisah kerana pembagian negara Korea Utara dan Korea Selatan telah disatukan kembali berkat kerjasama pemerintah. Tetapi sebenarnya, masih banyak sekali warga daripada kedua belah pihak yang kehilangan anggota keluarga saudara serta orang – orang yang dikasihi.
Kubu yang dibina untuk memperingati keluarga - keluarga yang terpisah akibat Korea yang terpecah belah
Secara keseluruhan, aku berpendapat bahawa video tersebut tidak mempertunjukkan perkara yang sebenarnya dan seakan – akan dibuat untuk ditayangkan setelah Korea Utara dan Korea Selatan kembali bersatu.
Daripada Video itu, saya belajar untuk tidak mempercayai sepenuhnya apa yang diberikan kepada saya, meskipun sebuah informasi itu berasal daripada sumber yang terpercaya kerana segala yang ada di dunia ini telah terpengaruh oleh perspektif pihak – pihak yang tidaklah mungkin sepenuhnya objektif. Ia juga mengingatkan saya agar selalu melihat segala sesuatu dari lebih daripada satu sudut pandang serta pentingnya mempertanyakan apa yang dikatakan sebagai suatu kebenaran kerana apa yang dianggap benar di dunia ini hampir selalu salah.
Setelah menganalisa video dan patung yang menggambarkan Korea yang sedang dengan susah payah dipersatukan (Figur 1)
figur 1
serta stasiun kereta api yang menghubungkan Korea Utara dan Selatan yang telah dibuka namun tidak aktif kerana bepergian antar negara masih belum lagi diperbolehkan (figur 2 & 3) menunjukkan kepada saya betapa warga Korea begitu antusias terhadap penyatuan Korea.
Figur 2
Figur 3
Aku disedarkan betapa persatuan dan kesatuan serta keharmonisan adalah sesuatu yang begitu dirindukan dan diidamkan di Korea adalah merupakan suatu kenyataan di Singapura serta Indonesia.
Daripada itu terbitlah rasa syukur yang mendalam kerana meskipun Indonesia dan Singapura ialah dua negara yang amat majemuk, yang terdiri dari berbagai ragam rumpun bangsa, bahasa dan agama, aku boleh menikmati hidup yang damai dan harmonis di kedua – dua negara. Persatuan yang selama ini kuanggap remeh kini menjadi sesuatu yang amat kuhargai.
Adalah amat ironis sekali apabila difikirkan, bagaimana suatu bangsa yang berada di tanah yang sama dan terdiri atas satu sahaja rumpun bangsa yang berbicara dalam bahasa yang sama terpecah belah kerana satu sahaja perbezaan, yakni perbezaan ideologi. Apatah lagi, perbezaan tersebut telah membuat bangsa Korea memerangi dan membunuh sanak saudara mereka sendiri.
Adalah dua efek daripada perbezaan. Apabila diterima dan dihargai, ia adalah sesuatu yang indah yang menambah warna warni dan keanekaragaman di dalam dunia ini. Namun apabila perbezaan itu tidak boleh ditoleransi, ia akan menjadi penghancur persatuan dan kedamaian yang dahsyat dan menyebabkan kesengsaraan yang sebenarnya tidak perlu terjadi.
Namun aku sedar bahawa sebenarnya rakyat Korea tidak menginginkan perpecahan diantara mereka, mereka hanyalah korban tidak berdosa daripada dua pemimpin negara yang asyik bergaduh tentang sistem pemerintahan dan kekuasaan.
Hal ini membuatku sedar implikasi yang terjadi akibat keputusan yang tidak bijak yang diambil oleh seorang pemimpin – seorang pemimpin negara yang besar. Keputusan untuk mengadakan peperangan telah menelan korban jiwa yang amat besar dan menyebabkan pengalaman – pengalaman pahit yang harus dijalani oleh rakyat Korea yakni terpisah bahkan kehilangan orang yang dekat di hati selamanya.
Bak kata pepatah gajah sama gajah berperang, penduduk mati di tengah - tengah.