Aku
Indri Lingga Putri
Maktab Rendah Victoria
HML .
BLOG
Thursday, 3 May 2007, Thursday, May 03, 2007
Siang yang ‘GILA’ bersama
ADEEB
Semua bermula selepas sekolah,
Umar meminta agar aku membantu berakting untuk projek video maniaknya
Sudah tentu dengan senang hati aku bersedia membantu
Tetapi harus menunggu hingga pukul lima petang untuk bermula?
Sementara tugasan dan kerja sekolah menumpuk?
Demi rakan – rakan tercintaku ini untuk sehari biarlah kusisihkan semua itu. Fikirku…
Namun aku yang seharusnya merasa tidak senang hati
Kerana tragedi Sulin terulang kembali
Aku dibiarkan mengunggu sekian lama
Tanpa pemberitahuan bahawa projeknya dibatalkan
Sementara Adeep pula ditinggal olehnya secara tiba – tiba
Tanpa boleh dengan cara apapun menghubunginya kerana telefon bimbitnya mati
Sedikit dihiburkan oleh Adeep
Yang juga sedikit dihiburkan olehku
Sebenarnya dihiburkan bukanlah kata yang tepat
Namun itulah perkataan yang paling akurat dalam mendiskripsikan siang ini
Memandangkan perasaanku serta Adeep pula begitu bercampur aduk
Akan kujelaskan mengapakah itu
Sambil menunggu tak pasti
Adeeb dan aku secara tidak sengaja mendapati video perkenalan diri kami
Yang masih lagi tersimpan di dalam komputer yang kami tatap dengan pandangan kosong
Tersbersitlah di hati kami keinginan untuk menonton sekali lagi
Begitu terkejutnya kami
Kami sedikit banyak akhirnya mengetahui
Mengapa hanya Adeeb sahaja yang berjaya ke babak selanjutnya
Komputer eror yang kami gunakan telah mengerorkan pula video perkenalan diriku
Sehingga Video yang telah kubuat dengan susah payah selama berjam – jam itu
Terpotong gambarnya sehingga foto yang muncul hanya dua detik pertama sahaja
Bukan itu sahaja, suaraku pun menggaung tidak jelas
OHHHHHHH PANTAS SAHAJA !!!!!!!
Semua emosi bercampur aduk dalamku dan Adeeb
Kami memandang satu sama lain selama beberapa detik
Dan mulai berteriak sekuat kuatnya sambil ketawa namun geram tetapi hendak menangis pula
Bagaimana tidak?
Oh, baiklah aku menceritakan keseluruhan ceritanya…
Video perkenalan diriku telah selesai dibuat sehari sebelum deadline
Sedangkan kepunyaan Adeeb pula mengalami masalah teknikal
Setelah selesai merekam, barulah mereka sedar bahawa tidak ada kaset dalam alat perekam video tersebut ! BETAPA SOTONGNYAAAAAAAAAAA (-.-“)
Akhirnya Adeep menyelesaikannya pada hari deadline
Beberapa jam lambat
Kami memohon kepada pihak panitia untuk menunggu
Nasib baik Siti sudi menunggu kami
Hari itu hujan lebat dan angin kencang serta guntur menyelubungi angkasa
Dengan panik dan tergesa – gesa Adeeb menaiki teksi ke maktab rendah Innova
Yang berada di Woodlands untuk menyerahkan CD itu kepada Siti yang telah begitu lama menunggu
Tambang teksi pula memakan kos S$20 yang kami bagi rata berdua
Begitu banyak yang telah kami lewati
Demi pertandingan itu
Namun akhirnya hanya Adeeb yang berjaya ke babak selanjutnya
(YANG ALASANNYA KAMI TEMUKAN SIANG INI)
Tetapi Adeep pula memutuskan untuk mengundurkan diri kerana ‘review week’
Artinya, semua yang kami lakukan terbuang sia sia !! Semua !!
Siang itu emosi kami semakin bergelora dan kacau
Setelah kami diskusikan
Kami disedarkan betapa hidup kami selama ini telah begitu teramat sangat “SH**Yly SH**Y”
1) Video perkenalan diriku ternyata error
2) Video perkenalan diri Adeeb yang telah membawanya ke babak selanjutnya akhirnya sia – sia kerana dia melepaskan kesempatan itu demi peperiksaan kami
3) Peperiksaan yang Adeeb prioritaskan akhirnya tetap sahaja hasilnya SANGAT SANGAT AMAT AMAT mengecewakan dan teruk sekali, tidak jauh berbeza dengan keputusanku
4) Dan semua ini semakin diberatkan lagi kerana selama ini kami selalu maju untuk semua kesempatan untuk bertanding tetapi belum pernah sekalipun berhasil membuat cikgu Marliza dan cikgu Rahmat yang telah begitu menyokong dan mencurahkan tenanga serta perhatian dan waktu kepada kami bangga dengan mengharumkan nama sekolah dengan kemenangan
5) Untuk pidato pula, Aku dan Adeeb telah begitu dengan semaksimal mungkin berusaha, hingga kami menginap di sekolah hingga jauh malam demi mendiskusikan dan menyiapkan diri untuk pidato. Hampir setiap hari selama seminggu penuh kami bertemu setelah sekolah untuk persiapan, tidak lupa diskusi kami lewat telefon hingga Tengah malam pula yang akhirnya tidak membuahkan hasil, bahkan yang terjadi ialah aku memalukan diriku sendiri dengan menyanyi dengan suara yang sumbang dan “berpidato seakan – akan bersajak kerana terlalu terbawa emosi” serta pekik ke dalam pengeras suara sehingga memekakan telinga pemirsa pula! Beban itu bertambah lagi mengingat Cikgu Marliza, Cikgu Malik, Adeeb, serta Yasmin datang menyokongku. Bukan sahaja aku telah mengecewakan mereka, aku juga telah menconteng arang di muka mereka. Oh ya, ditambah lagi Ashraf pula menontonnya bahkan mengomentariku di dalam blognya. Memanglah komentar yang ia lontarkan dalam blognya bernada menghibur, namun bukanlah hiburan yang kuperlukan. Yang kuperlukan adalah kesempatan untuk bersinar dan membuktikan kepada diriku sendiri bahawa aku tidak se “SH**Yly SH**” itu, aku bukanlah aku, aku masih dan adalah AKU, aku amat memerlukan bukti konkrit itu !!
Oleh kerana itulah siang ini, Adeeb berinisiatif BERSUMPAH AKAN MEMBAYAR KEMBALI SEGALA HUTANG ITU KEPADA KAMI SENDIRI, CIKGU MARLIZA DAN RAHMAT.
Bukanlah kami dua manusia yang sangat terorientasi dengan hasil. Memang kuakui pengalaman dan pembelajaran yang kudapati jauh lebih berharga, namun seberapa berharganya segalanya itu tercermin oleh bagaimana mereka membantu kami sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan di masa yang akan datang. Oleh kerana itu kami berdua berdiskusi dan merancang untuk hari depan kami, tahun depan tepatnya, tiada segala sesuatu yang terlalu pagi khan? Di bawah ini adalah sumpah kami (yang belum ditanda tangani kerana kami masih belum boleh mencapai mufakat akan konsekuensinya)
Berikut ialah konsekuensi yang kami fikirkan namun tidak disetujui dua belah pihak:
(agak gila memang, kami sedang gila sebab)
1) menceburkan diri ke kolam ikan
2) menceburkan diri ke kolam air tawar
3) loncat katak dengan kaki yang dicancang tujuh putaran
4) berganti pakaian (Adeeb memakai rok Indri dan Indri mengenakan celana panjang Adeeb + celana dalam merah di atas celana panjang ala superman)
5) dan lain lain yang lebih gila lagi…….
Berikut adalah kontrak yang masih kami konstruksi
Setelah berbincang cukup lama, akhirnya kami malah sampai kepada rencana untuk mengikuti pertandingan “Joker of the Year” dimana kami perlu mengirimkan foto yang jenaka berkenaan dengan VJC
Berikut ide ide kami
1) Domestic Scandal
2) Busted!
3) Tandas 1(terperangkap dalam tandas dan penyelamatan oleh kapten Adeeb)
4) Tandas 2(“berperang dalam tandas”)
5) Gara – gara kependekan
6) Akibat cempreng
BERSAMBUNG……………………………………..
Entah apa lagi yang menanti di hadapan kami………