Aku
Indri Lingga Putri
Maktab Rendah Victoria
HML .
BLOG
Tuesday, 24 April 2007, Tuesday, April 24, 2007
Surat Kiriman Rasmi
Surat Aduan
Sofea binti Azman
Blok 16 Taman Cendana
# 11-249
Singapura 778016
17 Februari 2007
Penerbit
Harian Masyarakat
34 Jalan Kembara
Singapura 408865
Tuan
Kelakuan Remaja Yang Tidak Sopan Di Dalam Kereta Api MRT
Berhubungan dengan perkara di atas, saya selaku penumpang kereta api MRT ingin menyuarakan keprihatinan saya terhadap kelakuan tidak sopan remaja di dalam kereta api MRT yang menjejas penumpang lain.
Hampir setiap hari saya menaiki kereta api MRT dari stesen Ekspo ke Toa Payoh pada sekitar pukul lima petang untuk pulang daripada kantor pejabat. Sekitar pukul lima suku, kereta api MRT yang saya naiki berhenti di Paya Lebar di mana ramai pelajar ITE menaiki kereta api MRT yang saya tumpangi. Ramai di antara mereka duduk berdekatan pintu sehingga menghambat jalur keluar masuk para penumpang. Bukan itu sahaja, mereka juga menggoda perempuan-perempuan remaja lainnya dan berbual antara satu sama lain dengan menggunakan kata-kata kesat dan suara yang kuat sehingga menjadikan keadaan kereta api MRT tersebut amat bising. Hal tersebut tentunya menganggu ketenteraman dan kesejahteraan para penumpang yang lain. Seringkali juga saya melihat pasangan-pasangan remaja yang bercumbu-cumbu dan berpelukkan mesra di tempat umum seperti kereta api MRT. Berulang kali saya mencuba untuk menasihati para remaja tersebut tetapi respons yang saya terima selalu negative, bahkan beberapa diantara mereka malah memarahi saya pula dan menantang bergaduh secara fisikal di muka umum.
Kelakuan remaja-remaja yang sangat tidak sopan tersebut amat memprihatinkan memandangkan mereka adalah generasi penerus bangsa dan pemimpin masa depan Singapura. Saya mengambil berat perkara ini kerana khuatir perilaku tidak sopan di kalangan remaja di tempat umum menjadi trend dan suatu kebiasaan yang buruk. Perilaku yang sedemikian rupa boleh menjejas imej Singapura sebagai negara yang berdisiplin dan mencemarkan nama baik bangsa di mata dunia apabila terlihat oleh para pelancong ataupun pendatang yang mengunjungi Singapura.
Seorang anak diibaratkan seperti selembar kertas putih apabil dilahirkan dan orang tualah yang merupakan orang-orang pertama yang mewarnai dan memberikan corak pada kertas tersebut atau dengan kata lain membentuk karakter dan keperibadian seorang anak itu melalui didikannya. Seiring dengan berjalannya waktu, apabila anak tersebut memasuki alam persekolahan, sekolah dan para guru memberikan pengaruh yang amat besar dalam membimbing murid-muridnya agar menjadi seorang yang terpelajar dan berbudi bahasa, memandangkan sebahagian besar waktu para murid dihabiskan di sekolah. Oleh kerana itu, saya berharap agar surat ini boleh disiarkan di forum untuk menyedarkan para ibu bapa dan pihak sekolah akan akhlak anak-anak dan murid-murid mereka yang memprihatinkan. Diharapkan dengan itu, para orang tua boleh lebih memperihatikan akhlak anak-anak mereka serta pihak sekolah boleh lebih mengambil berat masalah moral dan mengambil tindakan-tindakan yang sesuai bagi menangani masalah sikap yang tercela di kalangan para remaja. Saya juga menghimbau agar para wartawan membuat liputan lebih lanjut tentang masalah di atas dengan pihak-pihak yang bersangkutan dan bertanggung jawab. Semoga dengan begitu, kita boleh bahu-membahu dan bekerja sama untuk menyelesaikan masalah perilaku tidak sopan para remaja.
Sekian dan terima kasih.
Yang Benar
( tanda tangan )