Aku
Indri Lingga Putri
Maktab Rendah Victoria
HML .
BLOG
Tuesday, 24 April 2007, Tuesday, April 24, 2007
Surat Kiriman Rasmi (Aduan)
Abdul Malek Bin Abdullah
1005c Laguna Bay
# 24 – 5111
Singapura 311484
17 Ogos 2007
Tuan Pengarang
Berita Harian
390 Kim Seng Road
Singapura 239495
Tuan
Per: Perilaku Tidak Bertanggungjawab Penulis Blog
Sehubungan dengan perkara di atas, saya sebagai pembaca blog hendak menyuarakan rasa keprihatinan saya terhadap perilaku tidak bertanggung jawab para penulis blog.
Pada dasarnya kegiatan menulis blog merupakan sesuatu yang tidak berdampak buruk. Ia adalah wadah untuk mencurahkan isi hati dan berkeluh-kesah terutama di kalangan para remaja yang semakin popular di Singapura. Namun baru-baru ini, saya kecewa dan prihatin apabila mendapati blog telah disalahgunakan sebagai sarana untuk mencela dan memberikan pandangan – pandangan negative terhadap agama ataupun ras lain. Bukan itu sahaja, saya juga sering melungsuri lelaman lain yang ditulis secara tidak bertanggungjawab. Isi kandungnya menyentuh isu-isu sensitive dan ada pula yang mengejek dan mencemarkan nama individu ataupun golongan tertentu.
Saya khuatir blog-blog tersebut boleh mencetuskan perbalahan dengan individu atau kelompok tertentu. Artikel yang ditulis oleh tangan-tangan tidak bertanggung jawab tersebut bahkan boleh mengakibatkan sejarah berulang dengan terjadinya rusuh antara kaum di Singapura. Komentar-komentar pedas yang disampaikan boleh menyakiti hati orang yang dibahas serta mencemarkan nama baik individu tersebut. Pendapat yang ditulis belum tentu benar adanya dan boleh jadi hanya fitnah belaka. Pepatah mengatakan fitnah lebih kejam daripada pembunuhan kerana boleh berakibat fatal. Saya sendiri pernah mengalami kehilangan salah seorang teman yang bunuh diri kerana tidak kuat menanggung malu daripada khabar angin yang berputar ligat di alam maya, lebih tepatnya blog yang membahaskan berat badannya yang diatas rata-rata.
Seorang anak diibaratkan selembar kertas putih apabila lahir di dunia ini. Orang tualah yang memberikan corak warna pada kertas tersebut. Memandangkan orang tua adalah guru pertama setiap anak, perilaku tidak terpuji seperti di atas menunjukkan kurangnya didikan orang tua mengenai pentingnya menjaga hubungan harmoni antara kaum dan golongan agama di negara majmuk seperti Singapura serta menjaga perasaan orang lain. Timbulnya perilaku tidak bertanggungjawab penulis-penulis blog tersebut juga menunjukkan kurangnya pendidikan moral di sekolah mengenai pentingnya menghargai dan menghormati agama dan kaum bangsa lain serta etika dalam berkongsi fikiran dan pendapat di alam maya memandangkan blog adalah tatapan penduduk dunia.
Saya mencadangkan agar pihak sekolah dan orang tua meningkatkan kesedaran di kalangan remaja tentang bahaya menulis blog yang mengandungi isu-isu sensitive dengan bertukar fikiran serta mengadakan program-program yang membahas etika menulis blog.
Saya berharap surat saya ini boleh disiarkan di forum agar boleh menjadi tatapan umum dan meningkatkan kesedaran di kalangan orang tua dan sekolah akan perilaku tidak bertanggungjawab dalam menulis blog agar pihak yang bertanggung jawab boleh mengambil tindakan-tindakan yang sesuai untuk menanganinya. Saya juga berharap agar pihak akhbar membuat liputan lebih lanjut tentang isu tersebut.
Akhir kata sya mohon maaf apabila dalam surat ini ada kata-kata yang kurang berkenan di hati tuan. Sekian dan terima kasih.
Yang benar

(tanda tangan)
Abdul Malik Bin Abdullah
Abdul Malik Bin Abdullah