Aku
Indri Lingga Putri
Maktab Rendah Victoria
HML .
BLOG
Tuesday, 24 April 2007, Tuesday, April 24, 2007
Sore itu, di bawah langit yang kemerah-merahan, aku duduk bersendirian di veranda rumah yang usang itu. Aku termenung, fikiranku melayang jauh. Masih terngiang-ngiang di telingaku pesanan terakhir ibu sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya,
“ Cephas, ibu titipkan adikmu di tanganmu, jagalah dia baik-baik “
Namun jangankan menjaga adik, menjaga diri sendiripun kini aku tak mampu. Umurku hanyalah tinggal hitungan jari, penyakit barah yang menimpaku adalah mematikan dan tidak tersembuhkan.
Sejak ibu meninggal, hidup kami bagai kerakap di atas batu. Ayah semakin menjadi – jadi dan semena-mena menindas kami. Belum puas dia memukuli dan menyiksa ibu dan menghantar beliau lima meter ke bawah tanah, kini dia berganti menindas kami. Siang malam aku membanting tulang mencari nafkah demi sesuap nasi dan menyekolahkan adik, sementara si kaki botol itu asyik bersenang-senang dan merampas hasil jerih payahku untuk berjudi dan bermabuk-mabukkn. Lelaki bejad yang tidak pantas kami panggil ayah itu tamak dan tidak pernah puas, bagai Belanda minta tanah.
Hancur hatiku memikirkan nasib adikku, siapakah yang akan melindungi adik apabila dia ditindas ayah nanti ? Siapakah yang akan membiayai persekolahan dan memberinya makan? Adik terlalu rapuh untuk berdiri sendiri membela dirinya dan mencari nafkah.
Tinggal bersama ayah bagai hidup di neraka, dia hanya akan menambah beban dan memperkeruh situasi yang sudah cukup buruk, tidak tega rasanya meninggalkan adik dengannya. Tetapi bagaimanapun juga, dia tetap ayahku, darah dagingku dan di sudut hatiku yang terdalam, tersimpan cinta kasih untuk ayah, Dosakah aku memisahkan seorang tua dengan anaknya sendiri? Ibu telah mempercayakan adik kepadaku kerana adik masih terlalu kecil untuk membuat keputusan dan menjaga dirinya sendiri. Keputusan yang akan kubuat untuk adik akan menentukan nasib dan masa depannya.
Setelah berhari-hari berdoa kepada yang Maha Esa meminta petunjuk dan berfikir masak – masak, kuputuskan untuk membawa adik keluar daripada neraka dunia, rumah kami. Apabila adik tetap bersama ayah, tidak ada sedikitpun kemungkinan untuk adik memiliki masa depan, namun apabila kubawa dia keluar, paling tidak ada juga secebis peluang walaupun disertai dengan risiko yang besar untuk adik menjalani hidup yang lebih baik.
Malam itu, apabila ayah terlelap dalam tidurnya, kugendong adik meninggalkan rumah. Seluruh alam bagai menentang pemergian kami. Hujan turun dengan derasnya, disertai guruh yang membelah angkasa. Angin bertiup kencang seakan melawan kehendak dan keputusanku. Namun semua itu tidak menghalangku untuk terus melangkah maju.
Hingga akhirnya kami sampai di sebuah lorong yang sempit diterangi oleh lampu yang remang-remang. Di bawah papan yang bertuliskan “Panti Asuhan” kutinggalkan adik sendirian. Berat kakiku melangkah, tetapi lebih berat hatiku meninggalkan adik. Isak tangis dan teriakkan adik memanggil namaku bagai menghiris hatiku dengan sembilu, namun tekad dan keputusanku bulat, kerana aku tahu semua itu demi kebaikan adik. Kupanjatkan doa terakhir agar adik akan diambil sebagai anak angkat oleh mereka yang akan lebih menyayangi dan dapat membahagiakan adik serta menjamin masa depan yang baik.
Beban terakhirku telah kulepaskan, aku siap dipanggil Tuhan bila–bila sahaja. Sambil aku menunggu waktunya, kuputuskan untuk berjalan mengharungi deras arus kota metropolitan untuk yang terakhir kalinya. Walau apapun yang terjadi, aku tidak menyesal dengan keputusan yang telah aku ambil. Padaku, itulah pilihan yang terbaik.

Labels: Cerita ini hanya rekaan semata, kesamaan pada watak atau tempat tidak disengaja