Aku
Indri Lingga Putri
Maktab Rendah Victoria
HML .
BLOG
Sunday, 29 April 2007, Sunday, April 29, 2007
HARI BERSEJARAH DALAM HIDUPKU – 29 April 2007
Masih terukir jelas dalam benakku betapa kecewa dan kesalnya aku setahun silam apabila aku tidak dibenarkan mendermakan darah kerana usiaku yang masih tergolong dibawah umur.
Oleh sebab itulah, hari jadiku yang ke enam belas tahun ini yang membolehkanku melaksanakan perbuatan mulia itu kusambut dengan suka cita dan riang gembira.
Selama dua hari pasukan palang merah yang melayani mereka yang hendak mendermakan darah mengunjungi sekolahku. Hari pertama aku dikehendaki membawa pulang secarik formulir izin daripada orang tua untuk ditandatangani agar aku dibenarkan menderma keesokan harinya. Namun keesokkan harinya aku terlupa membawa identitas diri sehingga sekali lagi syarat – syarat utama tidaklah terpenuhi.
Tetapi semua itu tidaklah memadamkan hasratku untuk menderma darah. Hari ini, Minggu 29 April 2007 aku menempuh perjalanan yang cukup jauh menuju Bishan selama lebih daripada satu jam untuk mendatangi Kelab Masyarakat Bishan, di mana pasukan palang merah singgah.
Setelah sampai di Bishan aku pergi ke salah satu tempat makan di sana untuk santap siang. Kudapati sebuah cabang daripada kios yang menyajikan “cui kui” terlazat di singapura ! Kebetulan sudah cukup lama aku tidak makan dan merindukan “cui kui”.
Setelah selesai menikmati makan siang, aku beranjak dan ternyata tersesat ke Kelab Masyarakat Bishan Utara apabila seharusnya aku pergi ke Kelab Masyarakat Bishan Timur. Sungguh blurr sotong aku ini, hahaha =P
Sesampainya aku di tempat yang benar, pertama – tama kuisi boring pengakuan dan data diri. Selanjutnya aku diwawancara seorang petugas dan diukur berat badan, suhu badan serta tekanan darah. Setelah itu mereka mengecek dan mendapati kadar haemoglobin yakni zat darah merah dalam tubuhku 15 dimana syarat agar aku dibenarkan menderma darah hanyalah 12.
Setelah menampalkan stiker “This is my first donation be nice to me” (Ini adalah kali pertama derma darahku, berbaik hatilah kepadaku), aku membaringkan diri di katil lalu disuntik mati rasa kemudian jarum yang besar itupun dimasukkan ke dalam nadiku tanpa rasa sakit sedikitpun. Setelah usai, tanganku dibalut dengan erat dan dipersilahkan untuk beristirahat selama kurang lebih sepuluh minit sambil menyantap hidangan yang disediakan. Salah satu makanan yang disajikan ialah sepiring makanan khas Filipina yang unik – “Phat Pray Prek” yang renyah dan manis diiringi dengan secangkir susu milo hangat.
Mungkin engkau bertanya – tanya mengapakah aku begitu mengebu –gebu ingin mendermakan darahku.
Jawabannya ialah kerana selama sejarah hidupku aku belum pernah memberikan sesuatu yang begitu berharga dan berarti kepada sesama, kalaupun pernah, itu berupa materi atau wang semata yang berasal daripada pemberian orang tua, bukan diriku pribadi. Sedangkan selama ini aku telah begitu diberkati dengan anugrah yang berlimpah limpah. Kedua faktor tersebutlah yang mendorongku untuk berhasrat mendermakan darahku.
Mungkin kerana itulah bukannya aku menjadi lemas ataupun pingsan, aku malah menjadi lebih bertenaga serta bahagia setelah mendermakan darah. Adalah perasaan yang begitu luar biasa, kepuasan batin yang begitu mendalam serta kebanggan dan kebahagiaan sejati yang belum pernah kurasakan sebelumnya apabila perbuatan mulia itu selesai kutunaikan dengan ikhlas. Meskipun matahari bersinar dengan teriknya dan peluh membasahi seluruh tubuhku, diriku begitu sejuk sekali siang itu.
Inginnya aku berkeliling Singapura dengan dengan stiker dan balutan di tangan kiriku yang bertuliskan “Give Blood” (dermakan darahmu) dengan harapan aku boleh mendorong mereka untuk melakukan tindakan yang begitu mulia juga, namun memandangkan banyaknya kerja rumah dan sekolah yang menggunung di mejaku, kubatalkan rencanaku itu.
Sudah tidak sabar aku menghitung hari hingga 22 Juli 2007 di saat aku boleh sekali lagi mendermakan darahku dan mengalami perasaan yang menakjubkan itu.

Kau dan aku boleh mencapai tujuan mulia itu, menyelamatkan nyawa umat manisia, semata – mata dengan menyisihkan setetes belas kasihan dan waktu untuk mendermakan darah yang sama sekali tidaklah sakit ataupun merugikan diri.
Sudikah engkau menderma darah?
