Aku
Indri Lingga Putri
Maktab Rendah Victoria
HML .
BLOG
Tuesday, 24 April 2007, Tuesday, April 24, 2007
Forum : 17 Mac 2007
LIPAN DAN TANDAS BERBAU DI PANTAI CHANGI
SAYA sekeluarga gemar ke pantai Changi, kawasan barbeku D.
Itulah kawasan saya sekeluarga sering bermandi-manda.
Pada 18 Februari lalu, kami sekeluarga bermalam di situ dan mendapat tempat di Pit 24.
Masalahnya, di situ banyak sampah sarap dan timbunan daun kering.
Dan yang paling mengejutkan kami adalah banyaknya anak lipan di situ.
Kami cuba membunuh lipan-lipan itu. Namun, bilangannya tetap banyak dan sentiasa muncul di sini sana, menyebabkan kami tidak dapat tidur dengan selesa kerana bimbang digigit.
Sementara itu, semasa saya hendak membuang air kecil, bilik airnya berbau busuk.
Terlalu kotor bilik air itu sehingga timbul rasa mual dan geli.
Saya berharap pengguna pantai dan bilik air dapat menjaga kebersihan semasa menggunakan kemudahan awam.

_______________________________________________________
Saya amat terperanjat membaca kondisi pantai Changi yang boleh dikata amat teruk dibandingkan dengan Pantai “East Coast” yang sering saya kunjungi.
Mengingat saya adalah seorang yang cinta alam semula jadi dan mengagumi keindahannya, Pantai East Coast yang terletak beberapa langkah daripada sekolah saya, maktab rendah Victoria bagai rumah ketiga setelah sekolah dan tempat kos saya. East Coast menyimpan sejuta kenangan manis dan gelak tawa. Pantainya yang dipermadani oleh pasir putih yang bersih dan empuk menjadikkan ia tempat yang tepat untuk bersantai dan melepaskan diri daripada tekanan dan stress atau bersendiri merefleksi hidup ditemani oleh nyanyian merdu dedaunan daripada pepohonan yang ditiup angin serta deruan ombak di laut. Setelah letih berolahraga atau berlari sambil menikmati udara segar, angin pantai yang sejuk dan kesegaran embun pagi, pantainya yang bersih seakan mengundang untuk bermanda mandi di bawah sinaran mentari. East Coast yang begitu terawat dan indah beserta keberadaan banyak rumah makan yang terkenal dalam menyajikan makan yang lazat menjadikannya tempat favorit bagi saya dan kawan kawan untuk menghabiskan masa hujung minggu kami dengan gelak tawa lepas.
Kondisinya sungguh berbeza dengan gambaran Pantai Changi yang terlukisan di benak saya berdasarkan pendapat yang disiarkan di forum. Pantai East Coast begitu terawat dan bersih, bebas daripada sampah sarap ataupun hewan yang menjijikkan. Bahkan apabila saya melakukan CIP dengan membersihkan pantai east coast dengan memunguti sampah-sampah beberapa masa yang lalu, saya mendapati kesulitan mencari sampah.
Saya merasa prihatin akan keadaan Pantai Changi. Banyaknya sampah sarap serta daun kering yang dibiarkan menumpuk sehingga mengundang lipan yang menggangu ketentraman pengunjung serta tandas yang kotor menunjukkan ketidakefisienan petugas kebersihan dalam menjaga keasrian Pantai Changi serta menunjukkan sikap acuh tak acuh para pengunjung yang membuang sampah sembarangan serta membiarkan pemandangan tidak sedap di mata tanpa melapor pihak yang bertanggung jawab atau turn tangan dalam membantu mengusahakan alam sekitar yang bersih dan bebas sampah. Masyarakat yang mengunjungi Pantai Changi seakan lupa akan peribahasa kebersihan ialah sebahagian daripada iman, bahawa kebersihan adalah suatu aspek yang amat penting dan sewajarnya diambil berat. Tiadanya kesadaran tersebut menunjukkan kementahan jiwa masyarakat Singapura meskipun kita tergolong negara maju yang berbudaya dan berakhlak. Situasi ironis tersebut mengingatkan saya akan syair lagu hijau karangan “Zainal Abidin” yang sungguh berarti.
“Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila di jiwa kita masih lagi muda dan mentah
Kulihat hijau ”
Memang benar, pada pendapat saya tiada gunanya menjadi negara terbaik di dunia dalam subjek sains dan matematika apabila budaya dan perilaku kita tidak berbeza daripada negara-negara terbelakang lainnya.
Pantai Changi adalah salah satu daripada sedikit alam semula jadi yang dimiliki Singapura memandangkan saiz negara kita yang kecil dan derasnya arus urbanisasi di negara kita yang menyisakan segelintir tempat – tempat masih asli dan asri untuk dinikmati masyarakat Singapura. Oleh kerana itu, semestinya kita menjaga dan memelihara apa yang kita punya dengan sebaik – baiknya sebagai warga negara yang bertanggung jawab dan cinta tanah air.
Keadaan teruk Pantai Changi serta tempat – tempat alam terbuka untuk berekreasi lainnya boleh mengelakkan warga Singapura daripada berelaksasi di tempat –tempat tersebut sehingga menyebabkan terbatasnya pilihan dan variasi daripada tempat – tempat yang dikunjungi untuk menghabiskan masa. Hal tersebut boleh mengakibatkan kejenuhan masyarakat terhadap Singapura.
Bayangkan apa presepsi pelacong akan Singapura dan masyarakatnya apabila mereka mengunjungi dan menyaksikan Pantai Changi dalam keadaan yang sebegitu buruknya. Hal ini boleh menjejas nama baik bangsa Singapura sebagai bangsa yang terkenal akan masyarakatnya yang disiplin dan berbudaya.
Oleh kerana itu saya menghimbau agar setiap daripada kita melakukan peranan masing-masing dalam menjaga dan memelihara kebersihan dan keindahan alam di negara Singapura kerana kalau bukan kita, siapa lagi? Para orang tua dan guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik generasi muda akan pentingnya memelihara keasrian alam dan menjaga kebersihan tempat-tempat awam. Mereka haruslah memberikan contoh yang baik dengan membuang sampah pada tempatnya dan menjaga kebersihan tandas dengan tidak lupa untuk membersihkan tandas setelah digunakan. Pemerintah pula boleh lebih lagi menambah pekerja untuk merawat tempat – tempat rekreasi alam.
Dengan kerjasama semua pihak, alhamdulilah alam yang bersih dan asri boleh kita nikmati di Singapura