Aku
Indri Lingga Putri
Maktab Rendah Victoria
HML .
BLOG
Saturday, 28 April 2007, Saturday, April 28, 2007
Aku memiliki kesukaan tersendiri terhadap hari jumaat
Selain kerana ia adalah hari terakhir sebelum hujung minggu menjelang
Saat dimana saya boleh ‘membalas dendam’ akan jam tidur selama seminggu penuh yang terpotong kerana harus mengerjakan tugasan sekolah hingga jauh malam serta mengejar pelajaran yang tertinggal
Namun Jumaat ini berbeza daripada jumaat jumaat lainnya
Jumaat ini sungguh telah memberikan corak warna kepada rutinitas membosankanku dan meninggalkan kesan yang sungguh mendalam
Semuanya bermula selepas sekolah usai
Aku dikehendaki untuk menemui Pak Shi,
Guru Kimia yang membimbingku untuk persiapan presentasi pada hari peluncuran program bersepadu Victoria tahun ini.
Semenjak aku memasuki alam program bersepadu Victoria,
Aku merasa ciut dan kecil
Tiada‘bersinar’ lagi
Lilinku semakin lama semakin pudar
Segala yang dahulu kulakukan sebagai selangkah lebih daripada rakan – rakan
Telah menjadi sesuatu yang tiada berlebih kerana juga dikerjakan oleh mereka
Sikapku yang membuatku dinilai amat bekerja keras dan unggul daripada yang lain
Bukanlah sesuatu apapun yang spesial di program ini kerana semua pun begitu
Bahkan adalah yang lebih rajin dan bekerja keras daripadaku
Sedangkan ada pula yang tidaklah ulet namun mendapat keputusan yang jauh lebih baik dibandingkanku murni kerana kecerdasannya
Tetapi Jumaat itu, Mr Shi memberikanku sesuatu yang kurindukan dan kuidam – idamkan namun tak kudapatkan selama ini : appresiasi, tanda bahawa dia mengakui buah baik hasil jerih payah dan usahaku dan menghargainya.
Anggukan kepala dan alis matanya yang naik hampir setiap kali sebuah ayat skrip presentasiku selesai kulontarkan mencadangkan bahawa kata-kataku sungguh berkesan dan berkenan, bahawa presentasiku membawa kepuasan yang amat sangat kepadanya dan hal ini melukiskan senyuman di bibirku, menyiramkan air sejuk ke dalam hatiku yang kering dan haus ini.
Namun titik klimaks yang membuat Jumaat itu sungguh berarti ialah
Pertemuan pertamaku di Kumpulan Kebudayaan Melayu (MCS)
Untuk pertama kalinya aku merasakan ‘perasaan yang sungguh menggugah jiwa’ itu sekali lagi setelah sekian lamanya, perasaan yang tadinya kukira hanya boleh kurasakan di tanah airku.
Perasaan itu sukar dilukiskan oleh kata-kata ……
Perasaan itu ialah perasaan bahawa kehadiranku bermakna, bahawa aku bukan sahaja berada di situ sekedar untuk eksistansi namun untuk bersinar dan berpengaruh,
Bagai seberkas cahaya dalam kegelapan
Perasaan kelegaan kerana keterbukaan kumpulan MCS sehingga aku boleh dengan begitu bebasnya mengekspresikan segala dalamku tanpa mendapat lirikan “itu” daripada mereka tetapi menjadi sosok yang berpengaruh dalam membawa dan menyemarakkan suasana serta melahirkan gelak tawa dan hiburan bagi orang – orang di sekitar
Ibaratkan wewangian yang menyebar dan baharu boleh dinikmati apabila org di sekitar ikut menikmatinya, bagiku kegembiraan sejati menikmati gelak tawa yang tidak pura-pura ataupun terpaksa bersama, apalagi bila adalah akulah bunga yang menyebarkan wewangian itu. Namun apabila kegembiraanku menyebabkan kesedihan atau adalah kerana kesengsaraan yang dialami orang lain, kesediahnya tentulah akan berpengaruh besar terhadapku sehingga kebahagiaanku bukan sahaja akan sirna tetapi juga akan berbalik kepada kemurungan.
Keseronokan dan kebahagiaan yang dilahirkan oleh perasaan itu sungguh amat spesial dan berarti buatku.
Hidupku serasa lebih “hidup” kerana MCS
Nampaknya aku sungguh telah jatuh cinta pada MCS
Betapa aku merindukan untuk berbagi sesuatu yang amat berharga ini, perasaan dan pengalaman ini dengan lebih bnyk lagi pelajar maktab rendah Victoria yang mungkin seperti saya merasakan kekosongan dan kepayahan yang terisikan oleh MCS ……….
Jumaat yang berwarna warni itu ditambahkan lagi coraknya dengan semarak Malam Budaya India (Indian Cultural society [ICS] night)
Beragam pertunjukkan kesenian daripada budaya India yang menakjubkan dipentaskan
Aku sungguh menikmati olehnya sampai –sampai daripada jempol kaki hingga bahuku bergerak seiring mengkuti irama yang sungguh tidak biasanya.
Hal ini menunjukkan betapa aku begitu dalamnya terbuai oleh alunan musik serta gerak tarian rumpun India
Sungguh pertunjukkan yang patut mendapatkan acungan jempol !
Aku begitu dibuai hingga tergila - gila pada segala sesuatu yang berkenaan degan kesenian India, hingga mengajukan permohonan kepada seorang temanku yang berbangsa India untuk membantuku mengoleksi lagu – lagu yang diperdengarkan malam itu.
Sungguh sayang bagi mereka yang tidak menghadiri malam yang spektakuler tersebut
Malam Kesenian Budaya India itu berjaya membiusku
Ia mengubah presepsi salah tentang masyrakat India yang merupakan minoritas sebagai rumpun yang terbelakang dan terkucilkan kepada fakta bahawa mereka ialah cabai rawit, meskipun sedikit tetapi DAHSYAT.
Malam Jumaat itu aku pulang dengan hati yang amat puas dan gembira
Malam Kesenian Budaya India mencetuskan ambisiku bagi Kumpulan Budaya Melayu untuk mencapai kejayaan yang sama dalam membuka mata dunia dan membuat luluh hatinya akan kesenian Melayu yang tidak kalah menakjubkan
Betapa aku merindukan agar rumpun Melayu di Victoria pula boleh berkesempatan unuk mengetuk pintu hati komunitas Victoria untuk membuka hati kepada kebudayaan Melayu, sebab bak kata pepatah “tak kenal maka tak sayang”, apabila mereka tidak mahu terbuka terhadap budaya Melayu, bagaimana mungkin mereka boleh mengapresiasi dan mencintainya? Semoga lewat kesenian Melayu, budaya melayu yang berada di ambang kepupusan boleh diselamatkan.
Dengan kerja sama dan partisipasi kita bersama,
Saya yakin kita pasti boleh membuktikan bahawa meskipun jumlah kita sedikit, bukan berarti kita terbelakang melainkan spesial dan segelintir individu edisi terbatas
Tiada gunung terlalu tinggi
Tiada lembah terlalu curam
Tiada sungai terlalu dalam
Asalkan kita mahu berusaha
Translated from the song lyrics:
“Aint no mountain high enough
Aint no valley low enough
Aint no river wide enough
As long as we try”