Maktab Rendah Victoria
HML .
Adalah suatu waktu,
Di mana dunia serasa begitu manis
Bagai surga, tiada tekanan ataupun masaalah
Sehari – hari tugasku hanya makan lalu tidur lalu menangis meminta makan lalu makan lalu tidur
Itulah aku lima belas tahun yang lalu
Adalah suatu waktu,
Di mana hidup serasa begitu menarik dan seronok
Setiap hari selalu ada sahaja perkara yang mencuit hati yang menyemarakkan cerita hidupku
Hari – hariku penuh dengan gelak tawa dan kegembiraan dalam permainan tradisional seperti bekel ataupun gerebek bersama rakan – rakan sebaya
Waktu itu kupandang dunia dengan kepala yang menengadah ke atas,
Ayah dan ibu bagai gedung pencakar langit, tinggi menjulang menembus awan
Tubuhku yang kecil namun gemuk serta kecomelanku adalah bekal jitu untuk melepaskan diri daripada omelan – omelan
Itulah aku sepuluh tahun yang lalu





Adalah suatu waktu,
Di mana secara bertahap aku semakin rajin dan bekerja keras dalam alam persekolahanku
Adalah dalamku suatu kekuatan yang mendorongku untuk terus maju
Ia telah membawaku kepada kejayaan yang tidak pernah kusangka mampu kucapai
Kejayaan itu membuktikan “akulah yang terbaik”
Adalah merupakan suatu perasaan yang tidak dapat kuekspresikan dengan kata kata
Apabila air mata bahagia ibunda dan ayahanda mengalir
Perasaan itu sungguh menyejukkan hati, perasaan yang lahir kerana tahu betapa orang tua yang telah begitu besar jasanya atasku puas hati terhadapku
Perasaan kebahagiaan yang tersendiri dan amat spesial yang mengalir ke dalamku dan bersumber daripada orang tuaku yang bangga akanku
Kejayaan itu menyemangatiku untuk melanjutkan kegigihanku dan semakin dalam menggali potensi diriku dan memberikan yang lebih baik lagi daripadaku
Itulah aku lima tahun yang lalu
Adalah suatu waktu
Di mana hidupku bagai ayam yang bertelur diatas padi
Semua kerja yang kulakukan menghasilkan kejayaan dan selsai dengan amat baik dan memuaskan
Kejayaan demi kejayaan berbaris di hadapanku
Suatu keadaan yang boleh dibilang “sedang naik daun”
Hidupku waktu itu bagai mimpi kerana begitu sempurna dan nikmatnya
Kumiliki segala yang setiap manusia inginkan,
Ibu bapa yang begitu perhatian serta penuh cinta kasih yang senantiasa menyokongku dan bersiap menangkapku apabila aku terjatuh,
Disukai kedua belah pihak baik guru maupun rakan – rakan sekolah,
Kumiliki sekumpulan sahabat sejati yang tulus dan klik denganku
Yang senantiasa membantu dan mendukungku dalam segala aspek,
Ditambah lagi kekayaan dan kenikmatan duniawi, berkat daripada Tuhan yang seakan – akan selalu berpihak kepadaku
Itulah aku empat tahun yang lalu


Adalah suatu waktu
Di saat aku mencapai suatu titik di mana kucapai puncak
Hingga seakan – akan aku hidup dalam dunia mimpi
Manusia menyebutnya masa keemasan
Suatu masa yang mereka idam – idamkan dan ingin miliki dan pertahankan selamanya Namun berbeza daripada mereka, aku malah berbalik mencari tantangan baharu untuk memberikan lebih lagi bumbu – mumbu ke dalam wajan hidupku
Aku bangun daripada katil emas itu,
Meninggalkan semuanya di belakangku, semua kenyamanan dan kemewahan hidup
Aku tertantang ingin tahu, di luar kandangku, adakah aku masih AKU?
Oleh kerana itu beranjaklah aku ke tanah asing, Tasik Malaya yang kini dikenal dengan Singapura
Itulah aku tiga tahun yang lalu
Adalah suatu waktu
Dimana hidup lebih terasa lebih hidup kerana adanya banyak cabaran dan masalah yang datang menerjang
Orang tua ataupun saudara mara tiada satupun di sisi
Tiada lagi aku bersembunyi di balik benteng pertahanan istanaku
Kuhadapi semua sendiri dengan gagah berani
Hidup di negara orang sebatang kara
Menumpang di rumah orang tak dikenal
Tempat baru, budaya baru, rakan – rakan baru
Segala sesuatu serba baru
Aku yang dahulu berada di atas kapal pesiar kini terapung di lautan, bersusah payah agar tidak tenggelam, hanyut oleh arus deras ini
Semata mata untuk bertahan hidup
Aku bukan lagi yang terbaik atau terpandai diantara mereka
Aku bukan lagi AKU…
Aku hanyalah aku….
Jangankan dicintai semua, tidak dibenci sahaja sudah merupakan sesuatu bagiku
Aku yang tadinya tiada pernah merasakan perihnya kegagalan kini mengalaminya
Untuk pertama kalinya aku merasakan kekalahan
Itulah aku, kini
Kasihan padaku? Tidak perlu
Menyesal meninggalkan istanaku? Sama sekali tidak!
Kini bukanlah waktunya untuk bergelut dalam mengasihani diri sendiri dan keputusasaan
Inilah jalan hidup yang telah kupilih dengan pertimbangan yang matang
Kualami pengalaman hidup yang sungguh berharga
Pengalaman yang memang sama sekali tidaklah manis
Tetapi justru pengalaman pahitlah yang membuatku belajar dan menjadi lebih baik
Memang, pengalaman adalah guru yang sungguh menyakitkan namun adalah yang terbaik, ia memberikan ujian dahulu sebelum memberikan pelajarannya
Kekalahan dan kepayahan yang kualami akan menjadi awal kejayaan sejatiku
Akan kujadikan mereka batu loncatanku untuk melayang jauh ke langit ke tujuh
Apabila ditulis dalam bahasa cina, krisis terdiri daripada dua karakter,
Yang satu melambangkan bahaya, yang satu lagi melambangkan kesempatan
Ya, kesempatan untuk maju dan berkembang dan menjadi lebih baik
Konflik membangun karakter yang bermutu, krisislah yang menyempurnakannya
Setiap manusia memerlukan pencobaan untuk membuktikan kepada dirinya bahawa sebenarnya dia mampu atas perkara yang ia kira ia tidak mampu,
Sekaligus menjadi bukti kepada Yang Kuasa bahwa ia ialah hamba yang setia dan soleh, baik dalam suka maupun duka
Semua ini mengajariku agar merasa bersyukur atas apa yang aku punya, bukannya bersedih atas kepayahan
Nasibku ini bukanlah apa apa, dibandingkan mereka yang dibuang orang tuanya sejak kecil,
Mereka yang menjadi imigran illegal kerana disiksa kerana kegigihannya memperjuangkan kepercayaan agamanya, mereka yang mengais sampah demi sesuap nasi, mereka yang ditindas dan dianiaya setiap hari, mereka yang dijual dan dipaksa menjual diri
DIbandingkan mereka, hidupku kini bukanlah sesuatu yang layak diratapi
Meskipun bagi seorang yang dahulunya anak emas kesayangan yang hidup di istana sepertiku
Hidupku kini merupakan SESUATU tantangan
Namun paling tidak kupunya sahabat sejati yakni Tuhanku seorang
Yang senantiasa menguatkan dan menghiburku
Tak lupa orang tua serta ibu bapa guru
Orang tua yang tidak pernah kujadikan wadah berkeluh kesah
Kerana tidak sanggup aku menambah beban ke dalam hidup mereka yang pastilah sudah cukup mencabar
Adakah kau mendengar jerit tangisku selama ini oleh hatiku yang begitu rapuh?
Apabila tidak berjayalah aku menelan air mata dibalik senyuman dan wajah yang senantiasa ceria ini
Maaf telah mengecewakanmu, namun ada kalanya kalanya jiwa dan mental singaku tidak mampu membendung air mata batinku
Aku tidak bermaksud menarik simpati dari puisi ini
Hanyalah sekedar mencurahkan isi hati
Agar boleh aku melepaskan beban bertimbun di bahuku ini
Ringanlah aku kini
Kini aku boleh melanjutkan perang ini dengan semangat juang pantang menyerah
PS: puisi ini bukanlah sekedar rekayasa belaka ataupun hasil contekan dari pihak manapun, semoga boleh menjadi motifasi dan dorongan moral bagi mereka yang juga sedang mengalami cabaran hidup
Akhir kata izinkanlah kuakhiri post ini dengan sebuah lagu yang kudapati telah menghibur dan menguatkan saya
“Apa yang kau alami kini mungkin tak dapat engkau mengerti
Satu Hal tanamkan di hati, indah semua yang Tuhan bri
Tuhanmu takakan memberi ular beracun pada yang minta roti
COBAAN YANG ENGKAU ALAMI TAK MELEBIHI KEKUATANMU
Tangan Tuhan sendang merenda
Suatu karya yang Agung Mulia
Saatnya Kan Tiba Nanti
Kau Lihat pelangi kasihnya”