Maktab Rendah Victoria
HML .
NB: Wadoeh, akibat sibuk membanjiri bandara antara bangsa Changi dengan air mataku, akhirnya aku adalah yang terakhir untuk memasuki ruang tunggu, lengkap dengan Cikgu Toh yang menangkap basah aku dengan mata yang masih lagi merah. Nampaknya bukan suatu awal yang baik.. namun aku yakin semua ini akan berakhir indah.
1) Meskipun Seoul adalah kota yang paling maju di Korea Selatan, tempat tempat kumuh masih boleh didapati. Aku bahkan menemukan sebuah stadium olahraga yang dirombak menjadi pasar gelap yang menjual barang barang berjenama palsu, binatang yang diawetkan serta gerai – gerai yang menjual “ahm” barang – barang yang tidak senonoh.
2) Dalam bidang kebersihan, Korea tertinggal jauh di belakang Singapura. Lihat saja longkang air kering yang dipenuhi batang – batang rokok ini.
3) Bangsa Korea bisa dibilang lebih kasar daripada warga Singapura bahkan Indonesia sekalipun. Berdesak – desakan, sikut sana sini merupakan hal yang wajar di negara Korea sampai – sampai menabrak orangpun kebanyakan daripada mereka tidak mengucapkan kata maaf. Sungguh budaya yang tidak layak ditiru.
Hari ini kami mengunjungi sekolah martab rendah yang terbaik di Korea yang menampung anak – anak bangsa tercerdas, calon pemimpin masa depan Korea. Sekolah tersebut dibangun oleh pemilik kilang susu yang mengambil berat terhadap pendidikan dan masa depan bangsa Korea. Beliau tidak mahu wang menjadi hambatan bagi anak – anak yang berpotensial untuk menuntut ilmu sehingga beliau mengsubsidi wang sekolah mereka sepenuhnya. Itulah penjelasan yang kudapatkan sebelum berkunjung ke sekolah tersebut. Aku salut terhadap budi baik pemilik pabrik susu yang begitu prihatin dan peduli akan pendidikan putra putri harapan bangsa masa depan.
Apabila aku mendapati bangunan – bangunan yang ada di peta sekolah hanya lahan kosong sahaja kenyataannya dan bertanya sebabnya, aku diberi tahu bahawa ternyata pabrik tersebut menggulung tikar bahkan sebelum sekolah tersebut selesai dibina. Sungguh sayang sekali. Mengingat sekolah tersebut ialah sebuah “private school”, seluruh biaya operasi sekolah ditanggung oleh para murid, menjadikan biaya persekolahan di sana sunggguh mahal sekali sehingga hanya mereka yang berasal daripada keluarga yang berada sahaja yang boleh menuntut di sekolah tersebut. Dengan kata lain, sekolah tersebut tidak sahaja dipenuhi dengan murid – murid yang berotak encer tetapi juga yang kewangannya kuat.
Murid Murid maktab rendah “ Korean Minjok Leadership Academy” sungguh menakjubkan. Dengan rata – rata murid yang mengambil empat sampai lima aktiviti luar darjah yang berarti kesibukan kokulikular setiap hari sekalipun, mereka mampu menyeimbangkan waktu untuk studi mereka dan lulus dengan hasil yang cemerlang. Bagaimana tidak? Tujuh puluh peratus lulusan KLMA lulus dengan beasiswa penuh untuk melanjutkan ke universiti terbaik di dunia.
Namun tidak seperti yang kuduga, mereka bukanlah anak – anak super yang berkacamata setebal mikroskop, jenius kutu buku yang dikunkung di dalam bangunan terpencil di atas gunung. Di balik semua itu, mereka masih lagi remaja – remaja sepertiku. Aku dapati bahawa mereka ialah sekumpulan remaja yang cerdas dan kaya namun tidak sombong melainkan ramah tamah belaka. Fakta bahawa sekolah mereka terletak di daerah terpencil di atas gunung tidak membuat mereka hidup bagai katak di dalam tempurung, bahkan seperti aku dan remaja normal lainnya, mereka masih sempat meluangkan waktu untuk berpergian bersama rakan - rakannya ke kota yang terdekat untuk bermain arked setiap hujung minggu. Bukan hanya itu, murid – murid KLMA juga seperti manusia lainnya yang melakukan kesalahan dan kenakalan seperti tidur di dalam kelas dimana guru yang mengajar membosankan dan ponteng kelas – kelas yang menyebalkan. Walaupun mereka bercakap dalam bahasa Korea di belakang guru meskipun seharusnya mereka berkomunikasi dalam bahasa Ingris, aku mendapati bahasa Ingris mereka amatlah mahir. Bahkan aku harus mengakui bahawa cara berbicara mereka jauh lebih baik dibandingkan warga Singapura. Memang sungguh memalukan adanya mengingat warga Korea menganggap Ingris bahasa kedua sedangkan bahasa Ingris ialah bahasa utama di Singapura.
Hal yang paling mengejutkan ialah fakta bahawa ramai murid KLMA berpacaran meskipun hal tersebut ialah pelanggaran terberat di sekolah mereka. Bukan sahaja dilarang keras, KLMA bahkan mengeluarkan murid – murid yang tertangkap berpacaran. Namun berbeza dengan berpacaran antara remaja di Singapura yang kebanyakkan berumur pendek serta hanya untuk keseronokan semata, hubungan tersebut adalah lebih matang dan awet di KLMA kerana mengingat murid – murid tinggal di hostel sekolah, mereka mengenal satu sama lain dengan begitu dalam sehingga apabila mereka jatuh cinta, biasanya mereka jatuh cinta ke orang yang sesungguhnya ia kenal. Apatah lagi mereka hanya mempunyai satu sama lain di sana sehingga mereka cenderung untuk merasa kesepian dan haus akan cinta kasih.
Tetapi, walau bagaimana jua, aku tetap merasa bahawa berpacaran pada usia remaja bukanlah keputusan yang terbaik yang selayaknya diambil. Adalah masa bagi segala sesuatu dan aku berpendapat bahawa remaja bukanlah saat yang tepat untuk menjalin hubungan yang begitu terikat dan berkomitmen sebab aku percaya bahawa masa remaja ialah masa untuk mendapatkan sebanyak – banyaknya teman dan membuka mata untuk melihat dunia ini serta mencari pengalaman. Ditambah lagi masa remaja ialah masa untuk mencari jati diri yang sejati sehingga individu mengalami perubahan yang siknifikan dari masa ke masa, oleh kerana itu, meskipun seorang itu mengenal pasangannya dengan menyeluruh, orang yang dicintai itu boleh berubah sewaktu – waktu sehingga menyebabkan kekecewaan. Memang berpacaran adalah amat manis adanya, namun apabila cobaan datang melanda, kepahitan dan kesakitan yang akan dialami tidaklah seimbang dengan keseronokannya dan problema bercinta sudah tentu sedikit banyak akan menjejas tumpuan dalam persekolahan.
Di sisi baiknya, murid – murid KLMA aku dapati begitu kuat patriotismenya kepada negara. Tiga daripada lima murid yang kuwawancara berkata bahawa mereka bercita –cita untuk menjadi pegawai negeri dan membangun negara Korea menuju bangsa yang besar dan kuat serta dihormati dunia. Sungguh cita – cita yang amat mulia.
Satu sistem baik yang boleh maktab rendah kita ambil ialah bersenam pagi setiap hari sebelum pelajaran dimulai supaya murid – murid segar dan siap untuk menimba ilmu seharian.
Foto bersama dua orang murid KLMA yang mendampingiku semasa kunjungan ke sekolah mereka
Pyengchang National Youth Center
Berbagai aktiviti – aktiviti menarik kujalani di Pyengchang National Youth Center. Pagi itu dimulai dengan membuat kerajinan tangan khas Korea. Aku belajar bagaimana ketekunan dan kesabaran dibutuhkan untuk menghasilkan coretan – coretan bakaran yang indah di atas kayu yang lunak itu. Aku membuat sebuah karya yang nantinya akan kupersembahkan kepada orang tuaku yang intinya mengingatkan bagaimana abang dan saya sebagai anak akan senantiasa mendukung serta mewarnai hidup mereka.
Acara dilanjutkan dengan cha mul gul I yakni alat musik tradisional Korea. Merupakan sesuatu yang indah bagaimana melodi melodi yang berbeda boleh bersatu untuk menghasilkan karya seni musik yang begitu menakjubkan dan harmonis apabila semua pemain bersatu dan melakukan bagiannya dengan baik.
Setelah makan siang, aku diajarkan ilmu bela Korea diri tae kyan. Hal yang spesial daripada ilmu bela diri tersebut adalah ia lebih fokus dalam membela diri daripada menyerang dan serangan adalah untuk mengunci lawan agar tidak boleh menyakiti kita dan kekerasan ialah hal terakhir yang akan dilakukan. Gerakan – gerakan yang tidak agresif dan mirip tarian tersebut membuat ilmu bela diri yang satu ini sungguh unik dan menarik, berbeza daripada yang lainnya.
Pada malam harinya kami diajak untuk memandang bintang – bintang. Langit malam itu begitu terang dengan bintang yang berkelap kelip. Bintang – bintang tersebut membuatku merasa rendah hati akan betapa aku ini begitu kecil serta betapa terkadang sesuatu hal tidak seperti apa yang nampak di depan mata, seperti bintang yang terlihat begitu kecil tetapi sebenarnya begitu besar.
Patung kaisar yang duduk di belakangku ialah Kaisar She Jhong. Beliau merupakan kaisar yang paling disegani di sepanjang sejarah korea kerana kebijaksanaannya. Rasa prihatin akan rakyat jelata yang kebanyakkan buta huruf kerana kesusahan mempelajari huruf - huruf cina mencetuskan ideanya untuk menciptakan abjad - abjad korea yang digunakan hingga sekarang yang tentunya jauh lebih mudah untuk dipelajari. Kaisar She Jhong ialah kaisar mulia yang mempersatukan masyarakat korea dengan abjad Korea ciptaannya.
Rumah tradisional Korea kuno ini berteknologi cukup mutakhir dengan jendela lipatnya yang terbuat daripada kertas nasi
Gerbang pintu batu kuno yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas
Sistem penghangat ruangan bawah tanah zaman dahulu
Taman Istana yang hijau dan asri
Gerbang Istana bersama Asyraf
Foto bersama Penjaga Istana
Kampung Tradisional Korea
Kampung Tradisional korea adalah tempat di mana kebanyakan film drama serial yang menceritakan Korea kuno dilakonkan. Ia merupakan tempat yang boleh dibilang amat besar dan luas, salah satu kampung yang dijaga keasliannya daripada arus modernisasi untuk para turis serta warga Korea yang rindu akan kehidupan Korea zaman dahulu.
Merupakan suatu perubahan suasana yang cukup drastis apabila kumasuki kampung itu. Kami menonton upacara tradisional Korea dan melihat rumah – rumah tradisional korea. Meskipun dari luar nampak berbeza, aku mendapati bahawa desain ruangan – ruangannya tidak jauh berbeza daripada tempat tinggal modern di Korea.
Aku juga sempat mencuba penggosok pakaian (figur 1) serta belajar membuat benang daripada kempongpong ulat (figur 2) dan juga mesin penumbuk beras manual (figur3). Teknologi bangsa Korea boleh dikata cukup mutakhir pada zaman kuno. Aku kagum akan kepandaian mereka dalam menyiasati cara melakukan pekerjaan sehari – hari tanpa listrik maupun teknologi yang maju.
Figur 2
Secara keseluruhan, Kampung Tradisional Korea ini suskes menyeretku ke masa kuno. Kondisi dan keabadian segala aspek kehidupan dan budaya kuno Korea yang patut dibanggakan, dipelihara dengan begitu baik sehingga pengunjung merasa benar – benar berada di beberapa abad silam.
Kunjungan ke Expo park di Korea memberikan perspektif baru mengenai proses belajar yang efektif dan seronok. Ia membuktikan bahawa belajar tidak hanya terpaku pada buku teks ataupun ruang kelas tetapi boleh dilakukan melalui berbagai macam permainan dan media.
Dunia Badan (body world) pula tidak kalah unggul. Seluruh bangunan terbuat dari replika tubuh manusia. Contohnya ialah pintu yang berbentuk lubang hidung. Dan tenggorokan yang berbentuk seperti prostan yang berakhir di ruangan mulut yang memberikan penjelasan bagaimana pengunjung diibaratkan sebagai makanan yang masuk lewat mulut, tenggorokan hingga sampai di perut serta proses biologis yang terjadi.
Dari Expo park aku sedar betapa belajar adalah sesuatu proses yang menyenangkan, sebuah tanggung jawab seorang pelajar dan bukanlah beban
Aku terpanah akan konsep yang begitu kreatif dan baik sekali yakni mempelajari segala sesuatu melalui suatu permainan yang unik. Bayangkan sebuah arked yang dipenuhi dengan permainan – permainan yang tidak hanya menarik dan menyenangkan tetapi juga kaya dalam informasi dan ilmu.
Aku merasa amat tertarik untuk mengunjungi De Militarized Zone (DMZ), satu – satunya daerah yang di de-militerisasikan di dunia.
Sejarah di sebalik DMZ tersebut ialah peperangan ideologi antara Korea Utara dan Selatan.
Perbezaan ideologi tersebut disebabkan oleh pembagian Korea menjadi dua apabila Axis mengambil alih Korea daripada Jepun pada perang dunia kedua di mana Korea Utara yang berada di bawah naungan Uni Soviet (kini dikenal dengan sebutan Rusia) menerapkan sistem Komunisme sedangkan Korea Selatan yang dipimpin oleh Amerika Serikat mengamalkan sistem demokrasi.
Setelah Korea memperoleh kemerdekaan, terjadilah peperangan demi mempertahankan ideologi masing – masing dalam pemerintahan di Korea. Peperangan yang sungguh tidak perlu dan sia – sia tersebut melibatkan banyak pihak. Lima belas negara beserta Amerika berpihak pada Korea Selatan yang berperang demi demokrasi melawan Korea Utara yang ingin mentaklukan seluruh korea dengan komunisme yang dibantu oleh Uni Soviet dan China.
Setelah perang ideologi yang berkepanjangan tersebut menghabiskan begitu banyak wang dan terlebih lagi membunuh jutaan nyawa tidak berdosa, akhirnya kedua belah pihak memutuskan untuk menghentikan peperangan untuk sementara atau dengan kata lain mem-“pause” perang tersebut.
Dua kilometer ke arah Korea Utara dan dua kilometer ke arah Korea Selatan dijadikan “demilitarized zone” dimana kedua belah pihak dilarang menjejakan kaki di tempat tersebut. Barang sesiapa yang memasuki kawasan DMZ, ia akan dibunuh oleh tentera dari pihak lawan dan meledakan kembali peperangan yang dipendam tersebut.
Dengan diskripsi yang diberikan oleh pemanduku seperti yang kutulis di atas, aku menggambarkan DMZ sebagai suatu tempat yang amat tegang dan berbahaya kerana perang boleh terjadi kembali kapan sahaja dan akan bermula di sana. Mengingat peperangan antara Korea Utara dan Selatan hanya dihentikan untuk sementara dan hanya menunggu waktu untuk bermula kembali, aku membayangkan “barb wire” yang memagari DMZ tersebut serta laskar – laskar dari kedua pihak yang bersiap 24/7 dengan senjata dan kekuatan penuh di garis perbatasan DMZ menunggu aba – aba untuk memulai lagi peperangan.
Tetapi tidak seperti yang kubayangkan, suasana di sana tidaklah tegang ataupun terasa berbahaya. Tidaklah ada pagar pemisah di sepanjang perbatasan DMZ. Tiada satupun laskar ternampak berjaga – jaga di perbatasan, apatah lagi alat perang militer seperti tank.
Mengingat DMZ ialah kawasan yang sudah tidak tersentuh manusia selama puluhan tahun, aku menggabarkan DMZ sebagai surga dunia dengan alam semula jadi yang begitu asli dan berbeza dari tempat – tempat yang kukunjungi.
Namun aku sekali lagi dikecewakan apabila ternyata DMZ amat gersang, bahkan video perkenalan yang kami tontonpun tidak menunjukkan keadaan DMZ yang sesungguhnya.
Aku sudah curiga apabila mereka menayangkan animasi grafik dan benar sahaja ternyata illustrasi DMZ dalam video tidaklah benar.
Selain itu, video itu juga mendiskripsikan DMZ sebagai simbol kedamaian dan unifikasi Korea di mana sebenarnya DMZ ialah jurang pemisah Korea Utara dan Korea Selatan dan tempat dimana peperangan yang terhenti sementara akan bermula kembali suatu hari nanti.
Video itu pula menunjukkan bahawa keluarga – keluarga yang terpisah kerana pembagian negara Korea Utara dan Korea Selatan telah disatukan kembali berkat kerjasama pemerintah. Tetapi sebenarnya, masih banyak sekali warga daripada kedua belah pihak yang kehilangan anggota keluarga saudara serta orang – orang yang dikasihi.
Kubu yang dibina untuk memperingati keluarga - keluarga yang terpisah akibat Korea yang terpecah belah
Secara keseluruhan, aku berpendapat bahawa video tersebut tidak mempertunjukkan perkara yang sebenarnya dan seakan – akan dibuat untuk ditayangkan setelah Korea Utara dan Korea Selatan kembali bersatu.
Daripada Video itu, saya belajar untuk tidak mempercayai sepenuhnya apa yang diberikan kepada saya, meskipun sebuah informasi itu berasal daripada sumber yang terpercaya kerana segala yang ada di dunia ini telah terpengaruh oleh perspektif pihak – pihak yang tidaklah mungkin sepenuhnya objektif. Ia juga mengingatkan saya agar selalu melihat segala sesuatu dari lebih daripada satu sudut pandang serta pentingnya mempertanyakan apa yang dikatakan sebagai suatu kebenaran kerana apa yang dianggap benar di dunia ini hampir selalu salah.
Setelah menganalisa video dan patung yang menggambarkan Korea yang sedang dengan susah payah dipersatukan (Figur 1)
figur 1
serta stasiun kereta api yang menghubungkan Korea Utara dan Selatan yang telah dibuka namun tidak aktif kerana bepergian antar negara masih belum lagi diperbolehkan (figur 2 & 3) menunjukkan kepada saya betapa warga Korea begitu antusias terhadap penyatuan Korea.
Figur 2
Figur 3
Aku disedarkan betapa persatuan dan kesatuan serta keharmonisan adalah sesuatu yang begitu dirindukan dan diidamkan di Korea adalah merupakan suatu kenyataan di Singapura serta Indonesia.
Daripada itu terbitlah rasa syukur yang mendalam kerana meskipun Indonesia dan Singapura ialah dua negara yang amat majemuk, yang terdiri dari berbagai ragam rumpun bangsa, bahasa dan agama, aku boleh menikmati hidup yang damai dan harmonis di kedua – dua negara. Persatuan yang selama ini kuanggap remeh kini menjadi sesuatu yang amat kuhargai.
Adalah amat ironis sekali apabila difikirkan, bagaimana suatu bangsa yang berada di tanah yang sama dan terdiri atas satu sahaja rumpun bangsa yang berbicara dalam bahasa yang sama terpecah belah kerana satu sahaja perbezaan, yakni perbezaan ideologi. Apatah lagi, perbezaan tersebut telah membuat bangsa Korea memerangi dan membunuh sanak saudara mereka sendiri.
Adalah dua efek daripada perbezaan. Apabila diterima dan dihargai, ia adalah sesuatu yang indah yang menambah warna warni dan keanekaragaman di dalam dunia ini. Namun apabila perbezaan itu tidak boleh ditoleransi, ia akan menjadi penghancur persatuan dan kedamaian yang dahsyat dan menyebabkan kesengsaraan yang sebenarnya tidak perlu terjadi.
Namun aku sedar bahawa sebenarnya rakyat Korea tidak menginginkan perpecahan diantara mereka, mereka hanyalah korban tidak berdosa daripada dua pemimpin negara yang asyik bergaduh tentang sistem pemerintahan dan kekuasaan.
Hal ini membuatku sedar implikasi yang terjadi akibat keputusan yang tidak bijak yang diambil oleh seorang pemimpin – seorang pemimpin negara yang besar. Keputusan untuk mengadakan peperangan telah menelan korban jiwa yang amat besar dan menyebabkan pengalaman – pengalaman pahit yang harus dijalani oleh rakyat Korea yakni terpisah bahkan kehilangan orang yang dekat di hati selamanya.
Bak kata pepatah gajah sama gajah berperang, penduduk mati di tengah - tengah.
Aku tidaklah menangis kerana aku takut.
Aku menangis kerana aku teramat kecewa kepada diriku sendiri yang mengecewakan dan menyusahkan orang – orang di sekelilingku
Adalah sesuatu yang cukup menghairankan,
Bagaimana ternyata beliau mengetahui semuanya
semuanya
SEMUANYA
S E M U A N Y A
Beliau mengetahui semua yang kukira hanya aku seorang yang mengetahuinya
Semua yang sedang kujalani,
Bahawa aku berusaha begitu keras
Namun tidaklah menuai panen
Dan bukan sahaja itu
Semakin aku mencoba dan berusaha
Semakin segalanya bertambah buruk
Aku merasa begitu telanjang di hadapan beliau
Tiada sesuatu apapun lagi yang boleh kututupi
Dan kerana beliau mengetahui segalanya
Beliau
M e n g e r t I
Beliau mengerti
Kerana beliau pernah mengalami segala yang sedang kualami
Dan kerana beliau mengerti bantingan mental dan emosi yang kuhadapi
Beliau tidak menimpa tangga padaku yang sudah jatuh dengan mengomeliku
Beliau tidak mengomeliku
Beliau berbicara tajam ke hatiku
Dan setiap kali beliau menunjukkan betapa beliau mengerti situasiku
Air mata ini berlinangan tanpa seizinku
Beliau sedar akan masalah sosial yang kuhadapi
Meskipun aku mempunyai sekumpulan rakan yang bersamaku pada masa rehat
Mungkin aku tidak berhak menyebut mereka sekumpulan rakanku?
Terkadang, seringkali aku merasa tidaklah bagian daripada mereka
Hanya seorang yang mengikut terombang ambing ke sana ke mari
Bahkan terkadang aku merasa bagai tiada
Bahawa kehadiranku tidaklah ada
Seperti sewaktu mereka berkata “kami bertiga”, dan bukanlah “kami berempat”
Beliau tahu sebenarnya di lubuk hati yang terdalam aku menangis dan bersedih
Meskipun semampuku tidakkanlah kuperlihatkan
Mengingat aku selalu menarik diri daripada ramai saat aku merasa bagai teriris sembilu
Beliau tahu bagaimana aku selalu berusaha untuk menjadi seorang yang selalu periang meskipun di dalam aku terbeban oleh berbagai tekanan yang semakin menimbun kerana aku tidak mahu membahagikannya kerana selama ini aku selalu berfikir bahawa setiap manusia mempunyai cukup masalah untuk ditangani sehingga aku tidak mahu menambah masalah mereka dengan bercerita tentang dilemma yang kuhadapi. Selalu aku berusaha untuk menjadi pribadi yang ceria dan baik baik sahaja supaya tidak merusak suasana.
Beliau bahkan tahu betapa pedih hatiku apabila aku tidak diperbolehkan untuk bernyanyi dalam SYF kerana aku akan menjatuhkan VJ choir.
Tetapi terlebih pedih apabila beliau berkata :
“ Kamu bukanlah kamu lagi, Indri. Cikgu bahkan tidak mengenalimu kini. Kamu bukanlah Indri yang saya kenal lagi”
Pandangannya tentangku telah berubah ke arah yang lebih buruk
Namun yang paling pedih bagiku ialah fakta bahawa meskipun semakin aku mencoba semakin buruk jadinya, aku tetap harus tabah dan sabar mencoba dan berusaha hingga aku menemukan semua jawabannya.
Mencoba dan berusaha dan salah dan mencoba lagi dan salah lagi dan kehilangan kawan sepanjang perjalanan ini dan dibenci dan tertusuk dan jatuh dan belajar daripada kejatuhanku dan mencoba lagi dan berusaha lagi dan gagal lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan menjalani proses menyakitkan ini.
Memang menyakitkan adanya proses ini, namun inilah pelajaran yang kujalani
Aku hampir pingsan apabila mendengar beliau berkata:
“Saya rasa awak belum siap”
Kukira beliau hendak mendepakku keluar daripada semua ini untuk kembali ke Istanaku.
Apabila ucapan tersebut keluar daripada mulut rakan – rakan tidaklah akan semematikan itu
Tetapi orang yang menyebutkan kalimat itu bukanlah orang lain
Ia keluar daripada bibir Cikgu Toh
Seorang yang sungguh mengerti seluruh medan perangku
Mungkin lebih daripada aku mengerti medan perangku sendiri
Dan kerana itulah ucapan itu amatlah mematikan
Kerana itulah ucapan itu bagai kutukan
Namun beliau melanjutkan:
“ Mungkin Tuhan mengirimkan saya untuk membantu awak sepanjang perjalanan ini. Awak hanya perlu bersabar dan tabah dalam perjalanan ini, sayapun juga perlu sabar dan tabah menghadapi awak.”
Yang berarti beliau belum lagi mengangkat tangan terhadapku
Beliau bahkan melihat dirinya sebagai seorang malaikat yang diutus untuk membantuku!
Leganya…..
Adalah sesuatu yang menghibur, sungguh menghibur, teramat menghibur
Mengetahui masih ada lagi orang yang boleh mengerti dan bersama denganku sepanjang perjalanan ini, aku tidaklah sendiri.
Rangkuman
Perihal – perihal yang perlu diperhatikan :
1) Terlalu memaksakan kehendak
2) Kurang berfikir jauh dan panjang
3) Sabar menunggu
4) Mendengar dengan sabar
5) Membaca situasi
6) Ekstrim
Dalam kulit kacang:
Fikir dahulu masak – masak sebelum berbicara atau melakukan suatu apapun dan ingat baik – baik keenam poin di atas dan juga sebab dan akibat segala sesuatu
WAHAI BUMIKU TERCINTA ………….
“Bumi yang tiada rimba
Seumpama hampa
Dia dicemar manusia
Yang Jahil Ketawa
Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari
Bumiiiiiiii tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran?
Bila di jiwa kita masih lagi muda dah mentah
Ku lihat hijau”
Cuplikan lagu “Hijau” (Zainal Abidin)
Lagu ini adalah lagu yang dialunkan di blog ini
Kupilih cuplikan lagu ini sebagai pembukaan postku kali ini kerana temanya yang berkenaan dengan bumi kita yang bagai telur di hujung tanduk kerana ulah manusia yang tidak bertanggung jawab, implikasinya serta kenyataan ironis tentang kejayaan manusia dengan kemajuan teknologi yang seringkali dirayakan meskipun sebenarnya berdampak buruk yang jauh melebihi dampak baiknya bagi bumi, semata – mata kerana semua itu menguntungkan manusia sehingga dalam lagu tersebut manusia disebut masih “muda” dan “mentah” serta “hijau”.
Hari ini penduduk dunia memperingati hari bumi, hari dimana kita semua diingatkan akan keadaan terpuruk bumi tua ini yang telah diperkosa oleh umat manusia, bumi yang sejak sejarah bermula selalu memberikan yang terbaik bagi makhluk dunia.
Untuk mengekspresikan rasa peduli dan keprihatinan kami, seluruh sekolah tidak memenggunakan mesin hawa dingin selama dua period pertama untuk menghemat energi.
Bagi kelas bahasa Melayu kami dan saya pribadi, amalan tersebut tidak menggangu proses pembelajaran atau sesuatu apapun. Proses belajar mengajar boleh berlangsung seperti biasa. Bahkan saya tidak merasakan rasa kehilangan ataupun ketidakselesaan kerana tidak digunakannya mesin hawa dingin.
Namun bagi kelas – kelas lain, saya mendengar komentar bagaimana mereka begitu sengsara, seakan – akan mesin hawa dingin telah menjadi bahagian daripada gaya hidup mereka yang amat siknifikan sehingga mereka tidak boleh hidup tanpanya.
Presepsi yang telah mendarah daging tersebut amatlah memprihatinkan dan tidak sepenuhnya benar.
Puluhan tahun silam, sebelum mesin hawa dingin diciptakan, manusia juga boleh hidup sesenang kita sekarang. Saya ingat akan pengalaman saya di Indonesia dimana kebanyakan sekolah – sekolah termasuk sekolah yang saya tuntut menggunakan angin alami yang saya dapati jauh lebih segar dan kondusif untuk pembelajaran mengingat hawa dingin cenderung membuat keadaan terlalu selesa sehingga terkadang malah membuat pelajar terlalu rileks dan tertidur. Namun kini masyarakat kita telah begitu dimanjakan sehingga bergantung kepada teknologi yang sebenarnya bukanlah kebutuhan pokok. Parahnya, teknologi – teknologi mutakhir terkini kebanyakkan menguras energi yang didapat daripada alam.
Saya berpendapat masyarakat terutama yang berada di negara maju hari ini perlu disedarkan akan kadar konsumsi energi yang begitu tinggi dan mengikis sumber daya alam yang semakin menipis. Yang lebih memprihatinkan ialah konsumsi energi yang besar oleh kemajuan teknologi yang merajalela juga berdampak negatif terhadap alam. Contohnya adalah alat transportasi serta mesin – mesin di kilang yang mencampakkan zat – zat beracun yang menyebabkan polusi serta mengkontribusi kenaikan “greenhouse gas” yang berakibat naiknya suhu di bumi sehingga lelehnya es di kutub utara dan selatan yang dikaitkan dengan keseringan bencana alam terutama yang berkenaan dengan air seperti tsunami, banjir banding serta kekeringan di beberapa daerah.
Untuk mengurangi dampak – dampak negatif tersebut perlulah kita bersama –sama melakukan yang semaksimal mungkin untuk mencegah kondisi yang akan semakin memburuk lagi. Pengamalan hal – hal yang dikira sepele justru amat penting dan berdampak besar apabila diamalkan secara global. Hal – hal tersebut meliputi:
1) Menutup keran air dan menggunakan air untuk mandi dengan seperlunya. Tips menghemat air semasa mandi: Kenakan syampu, gosok gigi, sabunkan muka serta badan sebelum membilas seluruh tubuh secara sekaligus.
2) Mematikan dan meminimalkan penggunaan alat pendingin ruangan serta menggunakan alat pendingin ruangan yang bebas CFC (zat yang berdampak buruk terhadap alam).
3) Mematikan lampu apabila tidak digunakan / tiada seseorang dalam ruangan / hari masih terang serta memaksimalkan penggunaan pencahayaan alamiah (matahari).
4) Memaksimalkan berjalan kaki dan meminimalkan penggunaan kenderaan bermotor yang mencampakkan emisi gas buang yang beracun ke alam dan berdampak buruk bagi kesihatan. Lagipun berjalan kaki jauh lebih sihat daripada menaiki kenderaan. Sungguh satu batu yang mematikan dua burung bukan?!
Dan sebagainya.
Saya menghimbau agar kita tidak hanya mengamalkan hal – hal tersebut pada hari bumi sahaja tetapi pada kehidupan sehari –hari. Ancaman terhadap bumi kita yang berada di ambang kehancuran adalah masaalah global yang amat serius dan layak mendapat perhatian publik. Bersama, kita boleh menjadikan dunia ini tempat tinggal yang lebih baik bagi semua makluk bumi.
Jaga dan peliharalah bumi kita ini, ia ialah satu – satunya rumah kita,
Sebab kehancurannya adalah tamatnya sejarah seluruh makluk bumi.
Siang yang ‘GILA’ bersama
ADEEB
Semua bermula selepas sekolah,
Umar meminta agar aku membantu berakting untuk projek video maniaknya
Sudah tentu dengan senang hati aku bersedia membantu
Tetapi harus menunggu hingga pukul lima petang untuk bermula?
Sementara tugasan dan kerja sekolah menumpuk?
Demi rakan – rakan tercintaku ini untuk sehari biarlah kusisihkan semua itu. Fikirku…
Namun aku yang seharusnya merasa tidak senang hati
Kerana tragedi Sulin terulang kembali
Aku dibiarkan mengunggu sekian lama
Tanpa pemberitahuan bahawa projeknya dibatalkan
Sementara Adeep pula ditinggal olehnya secara tiba – tiba
Tanpa boleh dengan cara apapun menghubunginya kerana telefon bimbitnya mati
Sedikit dihiburkan oleh Adeep
Yang juga sedikit dihiburkan olehku
Sebenarnya dihiburkan bukanlah kata yang tepat
Namun itulah perkataan yang paling akurat dalam mendiskripsikan siang ini
Memandangkan perasaanku serta Adeep pula begitu bercampur aduk
Akan kujelaskan mengapakah itu
Sambil menunggu tak pasti
Adeeb dan aku secara tidak sengaja mendapati video perkenalan diri kami
Yang masih lagi tersimpan di dalam komputer yang kami tatap dengan pandangan kosong
Tersbersitlah di hati kami keinginan untuk menonton sekali lagi
Begitu terkejutnya kami
Kami sedikit banyak akhirnya mengetahui
Mengapa hanya Adeeb sahaja yang berjaya ke babak selanjutnya
Komputer eror yang kami gunakan telah mengerorkan pula video perkenalan diriku
Sehingga Video yang telah kubuat dengan susah payah selama berjam – jam itu
Terpotong gambarnya sehingga foto yang muncul hanya dua detik pertama sahaja
Bukan itu sahaja, suaraku pun menggaung tidak jelas
OHHHHHHH PANTAS SAHAJA !!!!!!!
Semua emosi bercampur aduk dalamku dan Adeeb
Kami memandang satu sama lain selama beberapa detik
Dan mulai berteriak sekuat kuatnya sambil ketawa namun geram tetapi hendak menangis pula
Bagaimana tidak?
Oh, baiklah aku menceritakan keseluruhan ceritanya…
Video perkenalan diriku telah selesai dibuat sehari sebelum deadline
Sedangkan kepunyaan Adeeb pula mengalami masalah teknikal
Setelah selesai merekam, barulah mereka sedar bahawa tidak ada kaset dalam alat perekam video tersebut ! BETAPA SOTONGNYAAAAAAAAAAA (-.-“)
Akhirnya Adeep menyelesaikannya pada hari deadline
Beberapa jam lambat
Kami memohon kepada pihak panitia untuk menunggu
Nasib baik Siti sudi menunggu kami
Hari itu hujan lebat dan angin kencang serta guntur menyelubungi angkasa
Dengan panik dan tergesa – gesa Adeeb menaiki teksi ke maktab rendah Innova
Yang berada di Woodlands untuk menyerahkan CD itu kepada Siti yang telah begitu lama menunggu
Tambang teksi pula memakan kos S$20 yang kami bagi rata berdua
Begitu banyak yang telah kami lewati
Demi pertandingan itu
Namun akhirnya hanya Adeeb yang berjaya ke babak selanjutnya
(YANG ALASANNYA KAMI TEMUKAN SIANG INI)
Tetapi Adeep pula memutuskan untuk mengundurkan diri kerana ‘review week’
Artinya, semua yang kami lakukan terbuang sia sia !! Semua !!
Siang itu emosi kami semakin bergelora dan kacau
Setelah kami diskusikan
Kami disedarkan betapa hidup kami selama ini telah begitu teramat sangat “SH**Yly SH**Y”
1) Video perkenalan diriku ternyata error
2) Video perkenalan diri Adeeb yang telah membawanya ke babak selanjutnya akhirnya sia – sia kerana dia melepaskan kesempatan itu demi peperiksaan kami
3) Peperiksaan yang Adeeb prioritaskan akhirnya tetap sahaja hasilnya SANGAT SANGAT AMAT AMAT mengecewakan dan teruk sekali, tidak jauh berbeza dengan keputusanku
4) Dan semua ini semakin diberatkan lagi kerana selama ini kami selalu maju untuk semua kesempatan untuk bertanding tetapi belum pernah sekalipun berhasil membuat cikgu Marliza dan cikgu Rahmat yang telah begitu menyokong dan mencurahkan tenanga serta perhatian dan waktu kepada kami bangga dengan mengharumkan nama sekolah dengan kemenangan
5) Untuk pidato pula, Aku dan Adeeb telah begitu dengan semaksimal mungkin berusaha, hingga kami menginap di sekolah hingga jauh malam demi mendiskusikan dan menyiapkan diri untuk pidato. Hampir setiap hari selama seminggu penuh kami bertemu setelah sekolah untuk persiapan, tidak lupa diskusi kami lewat telefon hingga Tengah malam pula yang akhirnya tidak membuahkan hasil, bahkan yang terjadi ialah aku memalukan diriku sendiri dengan menyanyi dengan suara yang sumbang dan “berpidato seakan – akan bersajak kerana terlalu terbawa emosi” serta pekik ke dalam pengeras suara sehingga memekakan telinga pemirsa pula! Beban itu bertambah lagi mengingat Cikgu Marliza, Cikgu Malik, Adeeb, serta Yasmin datang menyokongku. Bukan sahaja aku telah mengecewakan mereka, aku juga telah menconteng arang di muka mereka. Oh ya, ditambah lagi Ashraf pula menontonnya bahkan mengomentariku di dalam blognya. Memanglah komentar yang ia lontarkan dalam blognya bernada menghibur, namun bukanlah hiburan yang kuperlukan. Yang kuperlukan adalah kesempatan untuk bersinar dan membuktikan kepada diriku sendiri bahawa aku tidak se “SH**Yly SH**” itu, aku bukanlah aku, aku masih dan adalah AKU, aku amat memerlukan bukti konkrit itu !!
Oleh kerana itulah siang ini, Adeeb berinisiatif BERSUMPAH AKAN MEMBAYAR KEMBALI SEGALA HUTANG ITU KEPADA KAMI SENDIRI, CIKGU MARLIZA DAN RAHMAT.
Bukanlah kami dua manusia yang sangat terorientasi dengan hasil. Memang kuakui pengalaman dan pembelajaran yang kudapati jauh lebih berharga, namun seberapa berharganya segalanya itu tercermin oleh bagaimana mereka membantu kami sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan di masa yang akan datang. Oleh kerana itu kami berdua berdiskusi dan merancang untuk hari depan kami, tahun depan tepatnya, tiada segala sesuatu yang terlalu pagi khan? Di bawah ini adalah sumpah kami (yang belum ditanda tangani kerana kami masih belum boleh mencapai mufakat akan konsekuensinya)
Berikut ialah konsekuensi yang kami fikirkan namun tidak disetujui dua belah pihak:
(agak gila memang, kami sedang gila sebab)
1) menceburkan diri ke kolam ikan
2) menceburkan diri ke kolam air tawar
3) loncat katak dengan kaki yang dicancang tujuh putaran
4) berganti pakaian (Adeeb memakai rok Indri dan Indri mengenakan celana panjang Adeeb + celana dalam merah di atas celana panjang ala superman)
5) dan lain lain yang lebih gila lagi…….
Berikut adalah kontrak yang masih kami konstruksi
Setelah berbincang cukup lama, akhirnya kami malah sampai kepada rencana untuk mengikuti pertandingan “Joker of the Year” dimana kami perlu mengirimkan foto yang jenaka berkenaan dengan VJC
Berikut ide ide kami
1) Domestic Scandal
2) Busted!
3) Tandas 1(terperangkap dalam tandas dan penyelamatan oleh kapten Adeeb)
4) Tandas 2(“berperang dalam tandas”)
5) Gara – gara kependekan
6) Akibat cempreng
BERSAMBUNG……………………………………..
Entah apa lagi yang menanti di hadapan kami………
CINTA MATIIIIIIIIIIII
Musik dan menyanyi telah melekat dengan begitu kuat dalamku sejak sepanjang memoriku boleh mengingat.
Tiada sehari kulalui tanpa menyanyi,
Begitu senang dan sejuk hatiku apabila melantunkan lagu,
Kebolehanku untuk berkomunikasi dengan kata – kata yang begitu indah dibalut oleh alunan musik yang mempesona merupakan karunia Tuhan yang amatlah besar
Sebaliknya sehari tanpa bernyanyi serasa begitu janggal
Sepertinya ada sesuatu, sesuatu bahagian daripadaku yang kurang
Alunan lagu yang kudendangkan itu
Adalah wadah bagiku untuk mencurahkan segala perasaan dan emosiku
Alunan lagu yang kudendangkan itu
Menghibur dan menguatkanku di kala kepayahan
Dan juga merupakan caraku berbahagi kebahagiaan kepada orang – orang di sekitar
Lewat alunan lagu yang kudendangkan,
Kubuat mereka mengerti isi hatiku
Kecintaanku terhadap menyanyi membawaku kepada paduan suara VJC
Ia ialah kelompok paduan suara impian setiap individu yang haus akan menyanyi
Ia adalah paduan suara terbaik di Singapura dan ke delapan di dunia
Kami begitu bersatu dan bantu – membantu
Kesatuan itu tercermin dalam bulat suara kami
Suara empat nada yang berbeza namun menyatu dengan begitu harmoni
Untuk pertama kalinya sejak 1993 diadakanlah audisi bagi yang akan mengikuti SYF kerana begitu teruknya kualitas suara tahun ini.
Aku gagal kedua audisi yang diberikan,
Namun akhirnya mereka memutuskan untuk mengizinkan kami semua bertanding SYF. Pak Nelson Kwei, kondaktur kami berkata:
“Meskipun apabila kita bertanding sebagai kumpulan paduan suara VJC yang utuh kita mungkin tidak boleh mempertahankan posisi kita sebagai yang terbaik di Singapura dan GOLD with honours yang selalu kita capai sejak bermulanya sejarah paduan suara VJC, saya akan tetap mengizinkan setiap daripada kalian untuk bertanding kerana saya merasa apabila hatimu berada di paduan suara ini dan cintamu tidak terbagi pada menyanyi, memandangkan kerja kerasmu selama ini, kalian tetap berhak mendapatkan kesempatan untuk bersinar di bawah lampu sorot di pentas ini.”
Kami menangis bersama kerana begitu tersentuhnya. Namun mengikuti SYF meskipun suara kami belum lagi mencapai standar yang diharapkan serasa begitu salah dan tidak layak, begitu egois dan merugikan mereka semua. Kami tidak akan sanggup menanggung beban apabila kami menyebabkan awal kejatuhan paduan suara ini. Tetapi memandangkan Mr Kwei telah begitu mengambil berat kami, kami tidak sanggup menyia – siakan kepercayaan dan kebaikan hatinya. Satu kalimat yang kami pegang adalah bahawa sebenarnya kami memiliki potensi yang belum lagi terasah hingga maksimal yang apabila terus dibina akan menjadi suara Gold with honours. Kalimat itu mengkobarkan semangat dan mendorong kami untuk tidak menyerah dan terus gigih berusaha.
HARI BERSEJARAH DALAM HIDUPKU – 29 April 2007
Masih terukir jelas dalam benakku betapa kecewa dan kesalnya aku setahun silam apabila aku tidak dibenarkan mendermakan darah kerana usiaku yang masih tergolong dibawah umur.
Oleh sebab itulah, hari jadiku yang ke enam belas tahun ini yang membolehkanku melaksanakan perbuatan mulia itu kusambut dengan suka cita dan riang gembira.
Selama dua hari pasukan palang merah yang melayani mereka yang hendak mendermakan darah mengunjungi sekolahku. Hari pertama aku dikehendaki membawa pulang secarik formulir izin daripada orang tua untuk ditandatangani agar aku dibenarkan menderma keesokan harinya. Namun keesokkan harinya aku terlupa membawa identitas diri sehingga sekali lagi syarat – syarat utama tidaklah terpenuhi.
Tetapi semua itu tidaklah memadamkan hasratku untuk menderma darah. Hari ini, Minggu 29 April 2007 aku menempuh perjalanan yang cukup jauh menuju Bishan selama lebih daripada satu jam untuk mendatangi Kelab Masyarakat Bishan, di mana pasukan palang merah singgah.
Setelah sampai di Bishan aku pergi ke salah satu tempat makan di sana untuk santap siang. Kudapati sebuah cabang daripada kios yang menyajikan “cui kui” terlazat di singapura ! Kebetulan sudah cukup lama aku tidak makan dan merindukan “cui kui”.
Setelah selesai menikmati makan siang, aku beranjak dan ternyata tersesat ke Kelab Masyarakat Bishan Utara apabila seharusnya aku pergi ke Kelab Masyarakat Bishan Timur. Sungguh blurr sotong aku ini, hahaha =P
Sesampainya aku di tempat yang benar, pertama – tama kuisi boring pengakuan dan data diri. Selanjutnya aku diwawancara seorang petugas dan diukur berat badan, suhu badan serta tekanan darah. Setelah itu mereka mengecek dan mendapati kadar haemoglobin yakni zat darah merah dalam tubuhku 15 dimana syarat agar aku dibenarkan menderma darah hanyalah 12.
Setelah menampalkan stiker “This is my first donation be nice to me” (Ini adalah kali pertama derma darahku, berbaik hatilah kepadaku), aku membaringkan diri di katil lalu disuntik mati rasa kemudian jarum yang besar itupun dimasukkan ke dalam nadiku tanpa rasa sakit sedikitpun. Setelah usai, tanganku dibalut dengan erat dan dipersilahkan untuk beristirahat selama kurang lebih sepuluh minit sambil menyantap hidangan yang disediakan. Salah satu makanan yang disajikan ialah sepiring makanan khas Filipina yang unik – “Phat Pray Prek” yang renyah dan manis diiringi dengan secangkir susu milo hangat.
Mungkin engkau bertanya – tanya mengapakah aku begitu mengebu –gebu ingin mendermakan darahku.
Jawabannya ialah kerana selama sejarah hidupku aku belum pernah memberikan sesuatu yang begitu berharga dan berarti kepada sesama, kalaupun pernah, itu berupa materi atau wang semata yang berasal daripada pemberian orang tua, bukan diriku pribadi. Sedangkan selama ini aku telah begitu diberkati dengan anugrah yang berlimpah limpah. Kedua faktor tersebutlah yang mendorongku untuk berhasrat mendermakan darahku.
Mungkin kerana itulah bukannya aku menjadi lemas ataupun pingsan, aku malah menjadi lebih bertenaga serta bahagia setelah mendermakan darah. Adalah perasaan yang begitu luar biasa, kepuasan batin yang begitu mendalam serta kebanggan dan kebahagiaan sejati yang belum pernah kurasakan sebelumnya apabila perbuatan mulia itu selesai kutunaikan dengan ikhlas. Meskipun matahari bersinar dengan teriknya dan peluh membasahi seluruh tubuhku, diriku begitu sejuk sekali siang itu.
Inginnya aku berkeliling Singapura dengan dengan stiker dan balutan di tangan kiriku yang bertuliskan “Give Blood” (dermakan darahmu) dengan harapan aku boleh mendorong mereka untuk melakukan tindakan yang begitu mulia juga, namun memandangkan banyaknya kerja rumah dan sekolah yang menggunung di mejaku, kubatalkan rencanaku itu.
Sudah tidak sabar aku menghitung hari hingga 22 Juli 2007 di saat aku boleh sekali lagi mendermakan darahku dan mengalami perasaan yang menakjubkan itu.
Kau dan aku boleh mencapai tujuan mulia itu, menyelamatkan nyawa umat manisia, semata – mata dengan menyisihkan setetes belas kasihan dan waktu untuk mendermakan darah yang sama sekali tidaklah sakit ataupun merugikan diri.
Sudikah engkau menderma darah?
Selain kerana ia adalah hari terakhir sebelum hujung minggu menjelang
Saat dimana saya boleh ‘membalas dendam’ akan jam tidur selama seminggu penuh yang terpotong kerana harus mengerjakan tugasan sekolah hingga jauh malam serta mengejar pelajaran yang tertinggal
Namun Jumaat ini berbeza daripada jumaat jumaat lainnya
Jumaat ini sungguh telah memberikan corak warna kepada rutinitas membosankanku dan meninggalkan kesan yang sungguh mendalam
Semuanya bermula selepas sekolah usai
Aku dikehendaki untuk menemui Pak Shi,
Guru Kimia yang membimbingku untuk persiapan presentasi pada hari peluncuran program bersepadu Victoria tahun ini.
Semenjak aku memasuki alam program bersepadu Victoria,
Aku merasa ciut dan kecil
Tiada‘bersinar’ lagi
Lilinku semakin lama semakin pudar
Segala yang dahulu kulakukan sebagai selangkah lebih daripada rakan – rakan
Telah menjadi sesuatu yang tiada berlebih kerana juga dikerjakan oleh mereka
Sikapku yang membuatku dinilai amat bekerja keras dan unggul daripada yang lain
Bukanlah sesuatu apapun yang spesial di program ini kerana semua pun begitu
Bahkan adalah yang lebih rajin dan bekerja keras daripadaku
Sedangkan ada pula yang tidaklah ulet namun mendapat keputusan yang jauh lebih baik dibandingkanku murni kerana kecerdasannya
Tetapi Jumaat itu, Mr Shi memberikanku sesuatu yang kurindukan dan kuidam – idamkan namun tak kudapatkan selama ini : appresiasi, tanda bahawa dia mengakui buah baik hasil jerih payah dan usahaku dan menghargainya.
Anggukan kepala dan alis matanya yang naik hampir setiap kali sebuah ayat skrip presentasiku selesai kulontarkan mencadangkan bahawa kata-kataku sungguh berkesan dan berkenan, bahawa presentasiku membawa kepuasan yang amat sangat kepadanya dan hal ini melukiskan senyuman di bibirku, menyiramkan air sejuk ke dalam hatiku yang kering dan haus ini.
Namun titik klimaks yang membuat Jumaat itu sungguh berarti ialah
Pertemuan pertamaku di Kumpulan Kebudayaan Melayu (MCS)
Untuk pertama kalinya aku merasakan ‘perasaan yang sungguh menggugah jiwa’ itu sekali lagi setelah sekian lamanya, perasaan yang tadinya kukira hanya boleh kurasakan di tanah airku.
Perasaan itu sukar dilukiskan oleh kata-kata ……
Perasaan itu ialah perasaan bahawa kehadiranku bermakna, bahawa aku bukan sahaja berada di situ sekedar untuk eksistansi namun untuk bersinar dan berpengaruh,
Bagai seberkas cahaya dalam kegelapan
Perasaan kelegaan kerana keterbukaan kumpulan MCS sehingga aku boleh dengan begitu bebasnya mengekspresikan segala dalamku tanpa mendapat lirikan “itu” daripada mereka tetapi menjadi sosok yang berpengaruh dalam membawa dan menyemarakkan suasana serta melahirkan gelak tawa dan hiburan bagi orang – orang di sekitar
Ibaratkan wewangian yang menyebar dan baharu boleh dinikmati apabila org di sekitar ikut menikmatinya, bagiku kegembiraan sejati menikmati gelak tawa yang tidak pura-pura ataupun terpaksa bersama, apalagi bila adalah akulah bunga yang menyebarkan wewangian itu. Namun apabila kegembiraanku menyebabkan kesedihan atau adalah kerana kesengsaraan yang dialami orang lain, kesediahnya tentulah akan berpengaruh besar terhadapku sehingga kebahagiaanku bukan sahaja akan sirna tetapi juga akan berbalik kepada kemurungan.
Keseronokan dan kebahagiaan yang dilahirkan oleh perasaan itu sungguh amat spesial dan berarti buatku.
Hidupku serasa lebih “hidup” kerana MCS
Nampaknya aku sungguh telah jatuh cinta pada MCS
Betapa aku merindukan untuk berbagi sesuatu yang amat berharga ini, perasaan dan pengalaman ini dengan lebih bnyk lagi pelajar maktab rendah Victoria yang mungkin seperti saya merasakan kekosongan dan kepayahan yang terisikan oleh MCS ……….
Jumaat yang berwarna warni itu ditambahkan lagi coraknya dengan semarak Malam Budaya India (Indian Cultural society [ICS] night)
Beragam pertunjukkan kesenian daripada budaya India yang menakjubkan dipentaskan
Aku sungguh menikmati olehnya sampai –sampai daripada jempol kaki hingga bahuku bergerak seiring mengkuti irama yang sungguh tidak biasanya.
Hal ini menunjukkan betapa aku begitu dalamnya terbuai oleh alunan musik serta gerak tarian rumpun India
Sungguh pertunjukkan yang patut mendapatkan acungan jempol !
Aku begitu dibuai hingga tergila - gila pada segala sesuatu yang berkenaan degan kesenian India, hingga mengajukan permohonan kepada seorang temanku yang berbangsa India untuk membantuku mengoleksi lagu – lagu yang diperdengarkan malam itu.
Sungguh sayang bagi mereka yang tidak menghadiri malam yang spektakuler tersebut
Malam Kesenian Budaya India itu berjaya membiusku
Ia mengubah presepsi salah tentang masyrakat India yang merupakan minoritas sebagai rumpun yang terbelakang dan terkucilkan kepada fakta bahawa mereka ialah cabai rawit, meskipun sedikit tetapi DAHSYAT.
Malam Jumaat itu aku pulang dengan hati yang amat puas dan gembira
Malam Kesenian Budaya India mencetuskan ambisiku bagi Kumpulan Budaya Melayu untuk mencapai kejayaan yang sama dalam membuka mata dunia dan membuat luluh hatinya akan kesenian Melayu yang tidak kalah menakjubkan
Betapa aku merindukan agar rumpun Melayu di Victoria pula boleh berkesempatan unuk mengetuk pintu hati komunitas Victoria untuk membuka hati kepada kebudayaan Melayu, sebab bak kata pepatah “tak kenal maka tak sayang”, apabila mereka tidak mahu terbuka terhadap budaya Melayu, bagaimana mungkin mereka boleh mengapresiasi dan mencintainya? Semoga lewat kesenian Melayu, budaya melayu yang berada di ambang kepupusan boleh diselamatkan.
Dengan kerja sama dan partisipasi kita bersama,
Saya yakin kita pasti boleh membuktikan bahawa meskipun jumlah kita sedikit, bukan berarti kita terbelakang melainkan spesial dan segelintir individu edisi terbatas
Tiada gunung terlalu tinggi
Tiada lembah terlalu curam
Tiada sungai terlalu dalam
Asalkan kita mahu berusaha
Translated from the song lyrics:
“Aint no mountain high enough
Aint no valley low enough
Aint no river wide enough
As long as we try”
Adalah suatu waktu,
Di mana dunia serasa begitu manis
Bagai surga, tiada tekanan ataupun masaalah
Sehari – hari tugasku hanya makan lalu tidur lalu menangis meminta makan lalu makan lalu tidur
Itulah aku lima belas tahun yang lalu
Adalah suatu waktu,
Di mana hidup serasa begitu menarik dan seronok
Setiap hari selalu ada sahaja perkara yang mencuit hati yang menyemarakkan cerita hidupku
Hari – hariku penuh dengan gelak tawa dan kegembiraan dalam permainan tradisional seperti bekel ataupun gerebek bersama rakan – rakan sebaya
Waktu itu kupandang dunia dengan kepala yang menengadah ke atas,
Ayah dan ibu bagai gedung pencakar langit, tinggi menjulang menembus awan
Tubuhku yang kecil namun gemuk serta kecomelanku adalah bekal jitu untuk melepaskan diri daripada omelan – omelan
Itulah aku sepuluh tahun yang lalu
Adalah suatu waktu,
Di mana secara bertahap aku semakin rajin dan bekerja keras dalam alam persekolahanku
Adalah dalamku suatu kekuatan yang mendorongku untuk terus maju
Ia telah membawaku kepada kejayaan yang tidak pernah kusangka mampu kucapai
Kejayaan itu membuktikan “akulah yang terbaik”
Adalah merupakan suatu perasaan yang tidak dapat kuekspresikan dengan kata kata
Apabila air mata bahagia ibunda dan ayahanda mengalir
Perasaan itu sungguh menyejukkan hati, perasaan yang lahir kerana tahu betapa orang tua yang telah begitu besar jasanya atasku puas hati terhadapku
Perasaan kebahagiaan yang tersendiri dan amat spesial yang mengalir ke dalamku dan bersumber daripada orang tuaku yang bangga akanku
Kejayaan itu menyemangatiku untuk melanjutkan kegigihanku dan semakin dalam menggali potensi diriku dan memberikan yang lebih baik lagi daripadaku
Itulah aku lima tahun yang lalu
Adalah suatu waktu
Di mana hidupku bagai ayam yang bertelur diatas padi
Semua kerja yang kulakukan menghasilkan kejayaan dan selsai dengan amat baik dan memuaskan
Kejayaan demi kejayaan berbaris di hadapanku
Suatu keadaan yang boleh dibilang “sedang naik daun”
Hidupku waktu itu bagai mimpi kerana begitu sempurna dan nikmatnya
Kumiliki segala yang setiap manusia inginkan,
Ibu bapa yang begitu perhatian serta penuh cinta kasih yang senantiasa menyokongku dan bersiap menangkapku apabila aku terjatuh,
Disukai kedua belah pihak baik guru maupun rakan – rakan sekolah,
Kumiliki sekumpulan sahabat sejati yang tulus dan klik denganku
Yang senantiasa membantu dan mendukungku dalam segala aspek,
Ditambah lagi kekayaan dan kenikmatan duniawi, berkat daripada Tuhan yang seakan – akan selalu berpihak kepadaku
Itulah aku empat tahun yang lalu
Adalah suatu waktu
Di saat aku mencapai suatu titik di mana kucapai puncak
Hingga seakan – akan aku hidup dalam dunia mimpi
Manusia menyebutnya masa keemasan
Suatu masa yang mereka idam – idamkan dan ingin miliki dan pertahankan selamanya Namun berbeza daripada mereka, aku malah berbalik mencari tantangan baharu untuk memberikan lebih lagi bumbu – mumbu ke dalam wajan hidupku
Aku bangun daripada katil emas itu,
Meninggalkan semuanya di belakangku, semua kenyamanan dan kemewahan hidup
Aku tertantang ingin tahu, di luar kandangku, adakah aku masih AKU?
Oleh kerana itu beranjaklah aku ke tanah asing, Tasik Malaya yang kini dikenal dengan Singapura
Itulah aku tiga tahun yang lalu
Adalah suatu waktu
Dimana hidup lebih terasa lebih hidup kerana adanya banyak cabaran dan masalah yang datang menerjang
Orang tua ataupun saudara mara tiada satupun di sisi
Tiada lagi aku bersembunyi di balik benteng pertahanan istanaku
Kuhadapi semua sendiri dengan gagah berani
Hidup di negara orang sebatang kara
Menumpang di rumah orang tak dikenal
Tempat baru, budaya baru, rakan – rakan baru
Segala sesuatu serba baru
Aku yang dahulu berada di atas kapal pesiar kini terapung di lautan, bersusah payah agar tidak tenggelam, hanyut oleh arus deras ini
Semata mata untuk bertahan hidup
Aku bukan lagi yang terbaik atau terpandai diantara mereka
Aku bukan lagi AKU…
Aku hanyalah aku….
Jangankan dicintai semua, tidak dibenci sahaja sudah merupakan sesuatu bagiku
Aku yang tadinya tiada pernah merasakan perihnya kegagalan kini mengalaminya
Untuk pertama kalinya aku merasakan kekalahan
Itulah aku, kini
Kasihan padaku? Tidak perlu
Menyesal meninggalkan istanaku? Sama sekali tidak!
Kini bukanlah waktunya untuk bergelut dalam mengasihani diri sendiri dan keputusasaan
Inilah jalan hidup yang telah kupilih dengan pertimbangan yang matang
Kualami pengalaman hidup yang sungguh berharga
Pengalaman yang memang sama sekali tidaklah manis
Tetapi justru pengalaman pahitlah yang membuatku belajar dan menjadi lebih baik
Memang, pengalaman adalah guru yang sungguh menyakitkan namun adalah yang terbaik, ia memberikan ujian dahulu sebelum memberikan pelajarannya
Kekalahan dan kepayahan yang kualami akan menjadi awal kejayaan sejatiku
Akan kujadikan mereka batu loncatanku untuk melayang jauh ke langit ke tujuh
Apabila ditulis dalam bahasa cina, krisis terdiri daripada dua karakter,
Yang satu melambangkan bahaya, yang satu lagi melambangkan kesempatan
Ya, kesempatan untuk maju dan berkembang dan menjadi lebih baik
Konflik membangun karakter yang bermutu, krisislah yang menyempurnakannya
Setiap manusia memerlukan pencobaan untuk membuktikan kepada dirinya bahawa sebenarnya dia mampu atas perkara yang ia kira ia tidak mampu,
Sekaligus menjadi bukti kepada Yang Kuasa bahwa ia ialah hamba yang setia dan soleh, baik dalam suka maupun duka
Semua ini mengajariku agar merasa bersyukur atas apa yang aku punya, bukannya bersedih atas kepayahan
Nasibku ini bukanlah apa apa, dibandingkan mereka yang dibuang orang tuanya sejak kecil,
Mereka yang menjadi imigran illegal kerana disiksa kerana kegigihannya memperjuangkan kepercayaan agamanya, mereka yang mengais sampah demi sesuap nasi, mereka yang ditindas dan dianiaya setiap hari, mereka yang dijual dan dipaksa menjual diri
DIbandingkan mereka, hidupku kini bukanlah sesuatu yang layak diratapi
Meskipun bagi seorang yang dahulunya anak emas kesayangan yang hidup di istana sepertiku
Hidupku kini merupakan SESUATU tantangan
Namun paling tidak kupunya sahabat sejati yakni Tuhanku seorang
Yang senantiasa menguatkan dan menghiburku
Tak lupa orang tua serta ibu bapa guru
Orang tua yang tidak pernah kujadikan wadah berkeluh kesah
Kerana tidak sanggup aku menambah beban ke dalam hidup mereka yang pastilah sudah cukup mencabar
Adakah kau mendengar jerit tangisku selama ini oleh hatiku yang begitu rapuh?
Apabila tidak berjayalah aku menelan air mata dibalik senyuman dan wajah yang senantiasa ceria ini
Maaf telah mengecewakanmu, namun ada kalanya kalanya jiwa dan mental singaku tidak mampu membendung air mata batinku
Aku tidak bermaksud menarik simpati dari puisi ini
Hanyalah sekedar mencurahkan isi hati
Agar boleh aku melepaskan beban bertimbun di bahuku ini
Ringanlah aku kini
Kini aku boleh melanjutkan perang ini dengan semangat juang pantang menyerah
PS: puisi ini bukanlah sekedar rekayasa belaka ataupun hasil contekan dari pihak manapun, semoga boleh menjadi motifasi dan dorongan moral bagi mereka yang juga sedang mengalami cabaran hidup
Akhir kata izinkanlah kuakhiri post ini dengan sebuah lagu yang kudapati telah menghibur dan menguatkan saya
“Apa yang kau alami kini mungkin tak dapat engkau mengerti
Satu Hal tanamkan di hati, indah semua yang Tuhan bri
Tuhanmu takakan memberi ular beracun pada yang minta roti
COBAAN YANG ENGKAU ALAMI TAK MELEBIHI KEKUATANMU
Tangan Tuhan sendang merenda
Suatu karya yang Agung Mulia
Saatnya Kan Tiba Nanti
Kau Lihat pelangi kasihnya”
Legenda Melayu
Malin Kundang
aka
Si Tanggang
Oleh:
Indri Lingga Putri
07V14 / 5
Sinopsis Malin Kundang____________ 1 - 6
Sinopsis Si Tanggang_______________ 7-11
Beza Malin Kundang dan Si Tanggang 12
Moral___________________________ 13-15
Fakta atau fiksi ? _________________ 16-18
Mari Merepek ! __________________________ 19
Sinopsis Malin Kundang
Malin termasuk anak yang cerdas tetapi sedikit nakal. Ia sering mengejar ayam dan memukulnya dengan sapu. Suatu hari ketika Malin sedang mengejar ayam, ia tersandung batu dan lengan kanannya luka terkena batu. Luka tersebut menjadi berbekas dilengannya dan tidak bisa hilang.
Kerana merasa kasihan dengan ibunya yang banting tulang mencari nafkah untuk membesarkan dirinya. Malin memutuskan untuk pergi merantau agar dapat menjadi kaya raya setelah kembali ke kampung halaman kelak.
Awalnya Ibu Malin Kundang kurang setuju, mengingat suaminya juga tidak pernah kembali setelah pergi merantau tetapi Malin tetap bersikeras sehingga akhirnya dia rela melepas Malin pergi merantau dengan menumpang kapal seorang saudagar. Selama berada di kapal, Malin Kundang banyak belajar tentang ilmu pelayaran pada anak buah kapal yang sudah berpengalaman.
Di tengah perjalanan, tiba-tiba kapal yang dinaiki Malin Kundang di serang oleh bajak laut. Semua barang dagangan para pedagang yang berada di kapal dirampas oleh bajak laut. Bahkan sebagian besar awak kapal dan orang yang berada di kapal tersebut dibunuh oleh para bajak laut. Malin Kundang beruntung, dia sempat bersembunyi di sebuah ruang kecil yang tertutup oleh kayu sehingga tidak dibunuh oleh para bajak laut.
Malin Kundang terkatung-katung ditengah laut, hingga akhirnya kapal yang ditumpanginya terdampar di sebuah pantai. Dengan tenaga yang tersisa, Malin Kundang berjalan menuju ke desa yang terdekat dari pantai. Desa tempat Malin terdampar adalah desa yang sangat subur. Dengan keuletan dan kegigihannya dalam bekerja, Malin lama kelamaan berhasil menjadi seorang yang kaya raya. Ia memiliki banyak kapal dagang dengan anak buah yang jumlahnya lebih dari 100 orang. Setelah menjadi kaya raya, Malin Kundang mempersunting seorang gadis untuk menjadi istrinya.
Berita Malin Kundang yang telah menjadi kaya raya dan telah menikah sampai juga kepada ibu Malin Kundang. Ibu Malin Kundang merasa bersyukur dan sangat gembira anaknya telah berjaya dan menjadi seorang yang sukses.
Sejak saat itu, ibu Malin setiap hari pergi ke dermaga, menantikan anaknya yang mungkin pulang ke kampung halamannya.
Setelah beberapa lama menikah, Malin dan istrinya melakukan pelayaran disertai anak buah kapal serta pengawalnya yang banyak. Ibu Malin yang melihat kedatangan kapal itu ke dermaga melihat ada dua orang yang sedang berdiri di atas geladak kapal. Ia yakin kalau yang sedang berdiri itu adalah anaknya Malin Kundang beserta istrinya.
Ibu Malin pun menuju ke arah kapal. Setelah cukup dekat, ibunya melihat belas luka dilengan kanan orang tersebut, semakin yakinlah ibunya bahwa yang ia dekati adalah Malin Kundang. "Malin Kundang, anakku, mengapa kau pergi begitu lama tanpa mengirimkan kabar?", katanya sambil memeluk Malin Kundang. Tetapi melihat wanita tua yang berpakaian lusuh dan kotor memeluknya Malin Kundang menjadi marah meskipun ia mengetahui bahwa wanita tua itu adalah ibunya, karena dia malu bila hal ini diketahui oleh istrinya dan juga anak buahnya.
Mendapat perlakukan seperti itu dari anaknya ibu Malin Kundang sangat sedih dan kecewa. Ia tidak menduga Malin Kundang yang amat dikashinya menjadi anak durhaka. Karena kemarahannya yang memuncak, ibu Malin menyumpah anaknya "Oh Tuhan, kalau benar ia anakku, aku sumpahi dia menjadi sebuah batu".
Tidak berapa lama kemudian Malin Kundang kembali pergi berlayar dan di tengah perjalanan datang badai dahsyat menghancurkan kapal Malin Kundang. Setelah itu tubuh Malin Kundang perlahan menjadi kaku dan lama-kelamaan akhirnya berbentuk menjadi sebuah batu karang
Sinopsis Si Tanggang
Si Talang dan Si Deruma mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sekeluarga amatlah miskin. Si Tanggang selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal.
Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pergi berjumpa dengan Nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja.
Si Tanggang cekap dan pandai berniaga. Namanya menjadi terkenal. Oleh itu dia dijemput oleh Sultan ke istana. Tidak lama kemudian, Si Tanggang pun berkahwin dengan puteri Sultan. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri.
Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Si Deruma membawa makanan kegemaran Si Tanggang, iaitu pisang salai.
Si Tanggang berasa malu untuk mengaku orang tua itu ibu bapanya. Kesusahan dan kemiskinan membuat Si Talang dan Si Deruma kelihatan begitu uzur dan daif sekali.
Si Tanggang mengaku tidak mempunyai ibu bapa lagi dan memukul jari ibunya yang bergayut pada bahagian tepi kapal. Pisang salai yang dibawa ibunya, dibuang ke laut.
Perbezaan Malin Kundang dan Si Tanggang
Malin Kundang ialah seorang anak Yatim sedangkan Si Tanggang mempunyai ayah dan Ibu yang bernama Si Talang dan Si Deruma
Malin memutuskan untuk pergi merantau agar dapat menjadi kaya raya kerana merasa kasihan dengan ibunya sedangkan Si Tanggang pergi merantau kerana selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal
Malin menumpang sedangkan Si Tanggang melamar untuk bekerja menjadi anak kapal
Kapal yang ditumpangi Malin Kundang diserang oleh bajak laut dan hanya dia yang selamat sedangkan kapal Si Tanggang tidak menghadapi musibah
Malin Kundang terdampar di pulau yang sangat subur dan akhirnya menjadi seorang yang kaya raya kerana kerja keras sehingga berjaya menjadi seorang yang kaya raya sedangkan Si Tanggang diangkat sebagai anak angkat oleh nahkoda kapal kerana rajin bekerja dan patuh lalu dilantik menjadi nakhoda baru apabila Nakhoda menjadi uzur dan akhirnya diundang ke istana dan menikahi putri sultan
Ibu Malin berseru kepada Tuhan agar mengutuk Malin menjadi batu sedangkan ibu bapa Si Tanggang beseru kepada Tuhan agar menunjukkan kepada Si Tanggang bahawa mereka ibu bapa kandungnya
Malin Kundang akhirnya menjadi batu sedangkan Si Tanggang menjadi burung gagak
Moral
Janganlah menjadi bagai kacang lupakan kulit seperti Malin Kundang yang tidak mengakui ibunya lagi apabila sudah berjaya dan kaya raya serta melupakan jasa ibunya yang telah bertaruh nyawa melahirkan dan bersusah payah membesarkannya seorang diri
Janganlah meniru Malin Kundang yang membalas air susu ibu dengan air tubah, bermakna membalas kebaikan dan cinta kasih ibunda yang bagai menatang minyak dengan penuh dengan menjadi anak yang durhaka.
Janganlah berdurhaka kepada orangtua terutama ibu yang telah mengandung dan melahirkan kita kerana itu merupakan satu dosa besar yang nantinya akan ditanggung sendiri oleh anak. Ingat ! Surga di telapak kaki ibu. Bermakna apabila seorang itu berdurhaka terhadap ibu, dia akan sengsara dan mendapat siksa di akhirat.
Kekayaan dunia itu bersifat sementara, seperti embun di hujung rumput, tetapi kasih sayang ibu adalah abadi. Oleh kerana itu, janganlah mendahulukan kekayaan ataupun ego daripada orang tua.
Bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu berenang-renang ketepian, haruslah kita mengikuti sifat baik Malin Kundang yang mahu bersusah-susah dan bekerja keras demi mendapat buah yang diimpikan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
YME pasti membantu mereka yang mahu berusaha untuk mencapai kejayaan. Walau seberapa sulit dan berat sesuatu itu, kita boleh berjaya apabila kita tekun dan sabar dalam menjalaninya, kerana sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
Kata itu kota. Haruslah kita berpegang teguh dan menepati janji yang telah kita ucapkan. Janganlah seperti Malin Kundang/ Si Tanggang yang memberikan janji kosong dan mengecewakan orang tuanya kerana kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya.
Contohlah sifat baik Malin Kundang / Si Tanggang yang rajin dan ulet dalam berjuang menuju cita-citanya kerana ringan tulang berat perut tetapi jauhkanlah diri kita dari sifat buruk mereka yang durhaka, seperti kata-kata bijak : kalau baik jadikan teladan, kalau jahat jadikan sempadan
Fakta atau Fiksi?
Saya berpendapat bahawa legenda Malin Kundang adalah benar adanya sedangkan Si Tanggang hanyalah merupakan legenda yang diadopsi daripada Malin Kundang kerana legenda Si Tnggang tidak menunjukkan sebarang kesan atau petanda daripada cerita yang dikisahkan, tidak seperti Malim Kundang yang kononnya berlaku di pantai Air Manis, kira-kira 7 kilometer dari kota Padang. Dalam lain perkataan, cerita Malim Kundang walaupun dianggap sebagai legenda tetapi mempunyai bukti-bukti sesuai dengan penceritaannya.
Salah satu daripada bukti konkrit kebenaran legenda Malin Kundang adalah makam serta rumah ibu Malin kundang dan ketulan batu-batu yang menyerupai objek sebuah kapal yang telah pecah tersadai di tepi pantai, serta sebatang tiang layar yang telah patah, gulungan tali dan tongkahan batu seakan-akan tempat menyimpan air.Yang paling menggerunkan ialah di tengah-tengah bahagian perut kapal terdapat batu besar seperti seorang yang sedang menyembah memohon keampunan. Batu tersebut dipercaya adalah Malin Kundang yang telah dikutuk ibunya menjadi batu kerana durhaka.
Seorang mungkin sulit percaya bebatuan yang jelas menyerupai serpihan perahu Malin Kundang dan wujud batu seorang yang bersujud itu adalah benar Malin Kundang kerana keberadaannya yang terletak di tepi pantai memandangkan apabila Malin dikutuk, perahu Malin berada agak ke Tengah laut. Tetapi fenemona tersebut mempunyai penjelasan yang rasional, yakni pantai Air Manis yang boleh dikatakan curam. Hanya dua meter daripada tepi pantai, laut Air Manis sudah mencapai tiga meter sehingga memungkinkan perahu Malin untuk berada sangat dekat tepi pantai apabila bermuara di Pantai Air Manis dan menjelaskan nampaknya serpihan bebatuan kapal Malin Kundang di siang hari apabila laut sedang surut.
Keraguan bahawa bebatuan janggal tersebut bukanlah semula jadi melainkan sengaja dibuat oleh masyarakat Padang untuk menarik pelancong boleh dilenyapkan oleh fakta bebatuan tersebut terbuat daripada jenis yang sangat special yang tidak boleh didapati di pulau Sumatra, sedangkan menyerupai batu daripada salah satu gua di Jenolan, Australia. Memandangkan batu tersebut telah berada di Pantai Air Manis sejak sebelum kemajuan teknologi cukup canggih untuk memungkinkan manusia berpergian antara benua, hampir tidak ada kemungkinan untuk batu daripada gua Jenolan di Australia dipindahkan ke Pantai Air Manis.
Pendapat saya bahawa Malin Kundang adalah kenyataan yang pernah berlaku di Pantai Air Manis lebih dikuatkan lagi dengan pengakuan beberapa “paranormal” daripada Padang yang boleh mendengar suara-suara daripada mereka yang berada di alam lain yang pernah didatangkan, bahawa batu yang menyerupai seorang yang sedang bersujud itu boleh berkomunikasi dengan mereka dan mengaku ialah Malin Kundang dan memohon maaf atas kedurhakaannya kepada ibunya serta berharap masyarakat Padang dan sesiapapun yang telah mendengar legendanya boleh diingatkan agar tidak berderhaka terhadap orang tua mereka. Mereka juga berpendapat, apabila didengarkan dengan hati-hati, suara ombak daripada Pantai Air Manis berbeza daripada pantai-pantai lainnya kerana bunyinya yang mengalunkan jerit tangisan air mata yang dipercayai berasal daripada Malin Kundang yang meminta ampun. Kejadian tragis juga pernah berlaku apabila seorang pengunjung Pantai Air Manis menginggal secara misterius tanpa sebab setelah mengencingi dengan sengaja batu Malin Kundang tersebut. Apabila sebuah acara televisiyen di Indonesia, yakni “silet” mengunjungi batu Malin Kundang di Pantai Air Manis untuk mengupas tuntas fenomena gaib batu tersebut, salah satu pembawa acaranya kerasukan arwah Malin Kundang dan mengangis dan berteriak minta ampun. Pembawa acara tersebut akhirnya sembuh dan sedarkan diri kembali setelah didoakan dan disembuhkan oleh paranormal setempat.
Beralih ke belahan lain daripada negara Indonesia, di tahun 2006 ada pula kisah nyata dimana seorang anak putri dikutuk oleh orang tuanya menjadi ular setelah membangkang dan berderharka terhadap mereka. Baru – baru ini, seorang putri daripada Padang juga terkutuk menjadi ikan pari kering kerana derhaka. Mayatnya diawetkan dan sekarang berada di salah satu museum di Indonesia untuk menjadi peringatan kepada putra putri Indonesia agar menjadi anak yang soleh. Video mayat ikan pari boleh didapati di http://www.youtube.com/watch?v=tFbgkZt_bxo Bukan hanya itu, di Arab, seorang putri juga dikutuk menjadi berbadan singa lagi-lagi kerana alasan yang sama, yakni durhaka kepada ayah ibunya - http://www.youtube.com/watch?v=S2JtKTtgkbA&mode=related&search=. Apabila di abad ke 21 kejadian serupa boleh berlaku, kutukan Malin Kundang yang menjadi batu tidaklah mustahil dan saya percaya adalah benar adanya memandangkan kuatnya bukti – bukti nyata yang ada.
Mari Merepek !
Rahasia Malin Kundang Terkuak
London, 2 Januari 2006.
Para ilmuwan di Univeritas Oxford baru-baru ini telah memecahkan misteribatu Malinkundang di tanah Minang. Mereka mendapati batu tersebut diawetkan dengan formula canggih - khas resep Indonesia - yang kehebatannya melebihi ramuan para Mummi dari Mesir.
Formula rahasia Malinkundang terkuak setelah ditemukan sisa-sisa cairanyang terdapat pada botol, terkubur secara aman, tidak jauh dari batuMalinkundang. Pada label botol tersebut tertulis dengan jelas ” FOR:Malin” yg artinya ” untuk Malin”.
Penduduk sektarnya -dan rakyat indonesia pada umumnya- biasa menyebut ” formalin” yaitu sebuah resep rahasia nenek moyang yg biasa digunakan utk mengawetkan mayat, namun karena kenaikan harga BBM dan krisis yg berkepanjangan, formalin saat ini lazim dipakai utk mengawetkan tahu, ikan asin, bakso, mie basah dan tentu saja… Mayat, seperti dapat terlihat pada batu Malinkundang yg masih tetap awet sampai sekarang di tanah Minang.